Thailand Rancang Wajibkan Caj Insurans Kepada Pelancong

Thailand antara destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia dan tidak ketinggalan bagi rakyat Malaysia.

Selepas ini mungkin anda perlu keluarkan sedikit wang apabila melancong ke negara gajah putih itu kerana Pejabat Suruhanjaya Insurans (OIC) Thailand sedang mempertimbang untuk mengenakan caj insurans sebanyak 20 baht (RM2.70) kepada semua pelancong yang masuk ke negara itu.

Jika cadangan tersebut dipersetujui, insurans tersebut akan dikuatkuasa pada hujung tahun ini untuk menanggung kos kematian pelancong sebanyak 1 juta baht (RM134,944.50) dalam tempoh masa sebulan.

Menurut Setiausaha Agung Thailand, Suthiphon Thaveechaiyagarn, setiap pelancong di negara Thailand diarahkan membuat pembayaran di imigresen lapangan terbang. Beliau juga menyeru supaya setiap agensi pelancongan mengenakan caj insuran ini terhadap setiap pelanggan bagi tujuan perlindungan.

insuran pelancongan Thailand
Sumber: MyThailandTours

Perlindungan insurans berkenaan dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan perlindungan kepada pelancong luar negara apabila melawat Thailand.

Jika gagal mengenakan caj, agensi pelancongan dicadangkan boleh dikenakan denda sebanyak 500,000 baht (RM67,494).

Perkara ini dicadangkan susulan beberapa tragedi yang berlaku kepada pelancong asing termasuk kematian 47 pelancong dari negara China akibat satu kejadian bot karam di Phuket pada tahun lepas.

Sumber: Today Online