Laksa merupakan antara makanan kegeraman rakyat Malaysia dan keunikan sajian ini ialah hampir setiap negeri memiliki versi laksa tersendiri.
Kita ada pelbagai jenis laksa seperti laksa utara, laksa Johor, laksa Kelantan dan juga laksa Sarawak. Keenakan laksa ini bergantung pada rasa dan kuah yang yang pekat.
Bagi memberi kuah laksa pekat, tipnya kenalah letak isi ikan banyak-banyak! Namun, ada juga peniaga tidak jujur menjual laksa apabila menggunakan kertas, tisu atau kotak untuk kuah kelihatan pekat.
Menurut seorang pengguna Twitter, dia membeli laksa di Jalan Kebun, bagaimanapun kepekatan kuah laksa tersebut agak musykil dan isinya tidak hancur seakan surat khabar atau kotak yag sudah dikisar.

Mengenai lokasi tepat penjual laksa tersebut, pengguna Twitter itu mendakwa gerai itu betul-betul di simpang empat Jalan Kebun yang mana penjualnya turut menjual kuih muih dan lauk pauk.
Ramai juga yang memberi respon memang ada peniaga yang mencampurkan kuah laksa dengan bahan-bahan tersebut bagi kuah kelihatan pekat.
Kes seperti ini pernah terjadi beberapa tahun lepas. Menurut laporan Sinar Harian, seorang lelaki membeli laksa di Temerloh dan mendapati kuah laksa tersebut mengandungi cebisan tisu.
Tidak wajar peniaga melakukan perbuatan seperti itu kerana telah mengkhianati pembeli. Bayangkan jika pembeli termakan cebisan kotak itu, boleh memudaratkan kesihatan pembeli.
Jika ada sebaran aduan berkenaan makanan, anda boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dan rujuk ke Unit Keselamatan & Kualiti Makanan (FSQ).