Tahukah anda barangan yang hilang atau rosak semasa berada di hotel akan diberikan insurans percuma sehingga RM500 untuk tuntutan ganti rugi?
Tak tahu kan?
Ya, peraturan ini tertakluk kepada undang-undang di bawah Seksyen 4 Akta Rumah Penginapan (Inkeeper Act) 1952. Syaratnya, kehilangan atau kerosakan barangan bukanlah disebabkan oleh kecuaian pihak hotel atau pihak anda.
Sebagai contoh, jaket yang anda gantung di kerusi di dalam hotel terbang ditiup angin kencang dan terkoyak atau rosak akan diganti oleh pihak hotel.
Akta ini meletakkan liabiliti tegas kepada pihak hotel kerana apabila seseorang individu itu memasuki hotel, pihak hotel akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan keselamatan barang-barang berharga penghuninya.
Tapi pihak hotel wajib mempamerkan notis akta seperti di gambar bawah. Jika pihak hotel gagal, mereka tidak berhak untuk mendapatkan had perlindungan RM500.
Jadilah pengguna bijak yang tahu hak anda. Tak adalah selepas ini asyik ditipu sahaja. Ketahui hak anda untuk jaminan keselamatan dan perlindungan serta elakkan anda daripada daripada ditipu.
Syoknya Tadom Hills.
MakanLena: Tadom Hills, Banting
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.