Antara perkara yang perlu kita fikirkan apabila pergi ke mana-mana dengan kapal terbang, beg yang dibawa itu sebolehnya tidak terlalu berat kerana jika melebihi had berat akan dicaj.
Kadang-kadang jika beg yang dibawa melebihi had berat dan tidak cukup bajet untuk membayar caj, nak atau tidak terpaksa juga membuang baju sebelum menaiki pesawat.

Namun, lain pula bagi seorang penumpang pesawat Easyjet ini kerana sanggup memakai sebanyak 15 helai pakaiannya iaitu seberat lapan kilogram semata-mata mahu mengelak caj bagasi berlebihan ketika dia dalam perjalanan pulang dari Perancis.
Easyjet mengenakan peraturan caj bagasi berlebihan sebanyak 12 euro (RM55.80) sekilogram dan ini bermakna Irvine perlu membayar sebanyak 96 euro (RM446) bagi berat bagasi berlebihan itu.
Insiden ini menjadi tumpuan netizen apabila rakaman lelaki warga Sepanyol itu sedang mengenakan pakaian daripada bagasinya secara berlapis di hadapan kakitangan kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Nice dimuat naik oleh anaknya di media sosial.
Suitcase was over the weight limit in the airport so ma Da whipped oot aboot 15 shirts n wacked every one a them on to make the weight🤣🤣🤣😂😂cunt wis sweatin pic.twitter.com/7h7FBgrt03
— Josh Irvine (@joshirvine7) July 6, 2019
Bapanya itu kemudian dilihat berjalan di sekitar lapangan terbang itu dalam keadaan menggelabah dengan pakaian tersebut.
Sementara itu,lelaki tersebut berdepan masalah ketika cuba melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang selepas dipercayai cuba menyeludup sesuatu pada bajunya namun dia akhirnya dibenarkan masuk.
Kejadian seperti ini juga pernah dilakukan seorang pelancong warga Britin yang bertindak memakai 8 seluar dan 10 kemeja di Lapangan terbang Antarabangsa Keflavik untuk ke London.
Sumber: LadBible