Ada orang minum kopi sedikit sahaja pun boleh berjaga sehingga 24 jam. Ada juga yang minumlah kopi banyak mana pun, kesannya tetap sama; tidur seperti biasa.
Pelik bukan? Tapi inilah yang berlaku.
Kopi mengandungi kafein dan kompaun xanthines lain seperti theophylline dan theobromine yang mampu menambat saraf penerima adenosin di otak yang mencetuskan rasa mengantuk, letik dan kurang fokus.
Kadar adenosin dihasilkan sejak daripada detik kita bangun tidur dan akan semakin meningkat dan terkumpul sehingga malam sehinggalah sampai satu peringkat tubuh akan diberikan signal untuk berehat. Kerana ini jugalah apabila malam kita akan rasa mengantuk dan letih.
Kenapa ada orang walaupun dah minum kopi masih lagi rasa mengantuk?
Tahukah anda, ianya adalah disebabkan oleh genetik seseorang? Kebiasaannya kafein akan berada selama 4-5 jam dalam tubuh badan manusia. Namun ada orang yang mampu ‘menyimpan’ kafein dalam masa yang lebih lama sehingga 100 jam sebelum dikumuhkan.
80-95% kafein akan dimetabolismakan oleh enzim CYP1A2 menjadi kompaun-kompaun terbitan asid metilurik yang dikumuhkan dalam air kencing. Variasi genetik yang digelar sebagai polimorfisma inilah yang menentukan sama ada kita alah atau tidak pada kafein.
Individu yang mempunyai polimorfisma genetik CYP1A2 (CYP1A2 (-163) AA) kebanyakannya merupakan seorang peminum kopi tegar yang mempunyai enzim lebih efisyen dan aktif dalam memetabolismakan kafein.
Sebab itulah apabila minum kopi, sekejap sahaja kafein akan termasuk ke dalam air kencing, tersedia untuk keluar dari tubuh dan tetap sahaja tidur seperti biasa.
Manakala, individu yang mempunyai polimorfisa genetik CYP1A2: (-163) A>C (AC / CC) akan mengambil masa yang lama untuk memetabolismakan kafein dan menyebabkan kafein tetap berada dalam badan mereka seterusnya menjadikan tubuh menerima kesan yang lebih panjang.
Individu jenis ini digelar sebagai ‘poor metaboliser’ dan kebiasaannya mengalami masalah tidur dan insomnia walaupun hanya minum seteguk air kopi.

Kopi yang manis akan menyebabkan anda rasa terlalu letih tanpa tenaga setelah ianya habis digunakan oleh badan. Ini kerana gula diproses lebih cepat jika dibandingkan dengan kopi dan keadaan ini digelar sebagai sugar crash.
Rasa mengantuk selepas minum kopi pula berpunca daripada dihidrasi yang disebabkan oleh rasa mahu membuang air kecil secara kerap setelah kafein menyerap masuk ke dalam air kencing.
Jadi selepas ini tak perlu pelik kalau ada orang minum kopi tapi masih lagi tidur seperti biasa atau pun minum kopi lagi menyebabkan beliau mengantuk.
Antara kedua itu, anda golongan genetik yang mana?
Sumber: Ini Sains Beb, Dirft Away
Hujan hujan macam ini memang sedap dapat mihun sup panas-panas.
Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.