Sebut sahaja Kelantan, pasti terbayang kehijauan negari yang juga dikenali sebagai negeri serambi Mekah ini.
Bukan itu sahaja, Kelantan juga terkenal dengan keenakan makanan yang jarang-jarang boleh orang luar nikmati terutamanya jika duduk di bandar Kuala Lumpur.
BACA: 7 Makanan Wajib Cuba Jika Berkunjung Ke Kelantan
Sekiranya anda masih belum pernah melancong ke Kelantan, tahukah anda banyak sebenarnya pusat pelancongan yang terdapat di sana.
Yang penting, di sana anda boleh melancong tanpa memikirkan kesesakan jalan raya seperti yang berlaku di bandar-bandar besar.
1. Pasar Siti Khadijah
Rata-rata kaum wanita yang berkunjung ke Kelantan pastinya tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa di pasar ini.
Pasar ini dinamakan sebagai Siti Khadijah adalah kerana golongan peniaga di sini rata-ratanya yang didominasi oleh kaum wanita.
Menjadi destinasi utama untuk tujuan membeli belah, Pasar Siti Khadijah menyediakan pelbagai produk menarik sama ada daripada pakaian, aksesori, makanan dan sebagainya dengan harga yang sangat berpatutan.
2. Pasar Terapung Pulau Suri
Pasar terapung yang cukup sinonim dengan Thailand kini sudah berada di Kelantan. Untuk anda yang ingin merasai pengalaman membeli yang berbeza daripada pasar biasa, bolehlah singgah ke pasar terapung.
Menawarkan produk pelancongan yang unik dan berbeza daripada yang ada di negeri lain, pelancong juga boleh menikmati keindahan alam di Sungai Kelantan.
Hanya dibuka pada hujung minggu, untuk masuk ke sini ada bayaran yang perlu anda bayar namun nilainya tidaklah tinggi kerana ianya sekadar bayaran tambang bot.
3. Masjid Ar-Rahman, Pengkalan Chepa
Kaya dengan nilai seni, Masjid Ar-Rahman, Pengkalan Chepa terletak kira-kira dalam jarak 10 minit daripada Lapangan Terbang Kota Bharu.
Dibina dengan menggunakan kayu cengal, di dalam masjid ini anda boleh lihat ukiran motif-motif Islam yang menjadi kebangaan penduduk untuk ditunjukkan kepada pelancong luar.
4. Rumah Api Pantai Senok
Seakan-akan sama dengan lokasi yang berada Pulau Jeju, Korea Selatan, Rumah Api Pantai Senok merupakan lokasi popular untuk rakaman gambar perkahwinan kerana dikelilingi pokok rhu yang tumbuh meninggi.
Terletak di tepi pantai, ramai yang berkunjung ke sini sekadar mahu mengambil ‘angin petang’ dan melakukan aktiviti bersantai sambil menenangkan fikiran.
5. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor merupakan dua destinasi yang perlu anda kunjungi sekiranya anda berniat untuk membeli belah di Kelantan selain daripada Pasar Siti Khadijah terutamanya jika anda gemarkan makanan tempatan dari Thailand.
Dalam tujuh lokasi di atas, memang terbuktilah Kelantan sebagai syurga beli belah terutama dalam kalangan golongan wanita kan?
Anda pernah masuk ke Menara Abraj Al-Bait, Masjidil Haram di Mekah?
Menara Abraj Al-Bait, Masjidil Haram, Mekah
dan jangan lupa subscribe YouTube MAKANLENA.