Dijangka Terhapus Pada 2025, Jom Lawat Lokasi Patung Arnab Gergasi Ini Secara Dekat

Jika anda bercuti ke bahagian utara Itali iaitu Piedmont, ada satu lokasi yang wajib anda berkunjung di sana, iaitu pergunungan Colletto Fava.

Apa yang istimewanya di sana?

Di sana terletaknya patung arnab gergasi berwarna merah jambu sepanjang 200 kaki yang boleh dilihat dari kawasan angkasa lepas.

Patung Arnab Gergasi Dunia

Patung arnab yang dikait dengan menggunakan beribu gulungan benang bulu oleh pengumpul seni Viennese, Gelitin pada 2005 digunakan sebagai arca untuk menarik pelancong luar atau pun penduduk bermain dengannya; memanjat, tidur dan sebagainya.

Patung Arnab Gergasi Dunia 3

Patung Arnab Gergasi Dunia 6

Diperbuat daripada bahan lembut yang kalis air, isi patung ini dipenuhkan dengan jerami. Mampu membuatkan pengunjung yang hadir gembira kerana boleh merasakan diri mereka kecil seperti Gulliver.

Tidak hanya berfungsi sebagai arca yang hanya boleh dilihat, pelancong juga dibenarkan untuk memanjat sisi 20 kaki patung tersebut untuk berehat di kawasan perutnya.

Patung Arnab Gergasi Dunia 2

Menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke sana, patung arnab gergasi ini dijangka akan kekal berada di kawasan pergunungan tersebut sehingga 2025 sahaja sebelum hilang secara semula jadi.

Warna yang pada awalnya merah jambu pekat juga telah bertukar kepada kelabu berlumut dan semakin mendap ke bumi.

Patung Arnab Gergasi Dunia 4

Patung Arnab Gergasi Dunia 5

Maknanya hanya tinggal lima tahun sahaja lagi masa untuk anda melihat patung ini secara dekat!

Turut boleh dikesan melalui aplikasi Google Maps, idea pemasangan arca gergasi ini bukanlah yang pertama kali berlaku di dunia.

Pada Jun lalu, artis, Giancarlo Neri telah melancarkan meja tulis dan kerusi gergasi di Hampstead Heath yang juga dikenali sebagai The Writer dengan ketinggian sebanyak 30 kaki yang menjadi sebahagian daripada landskap London serta alamat penghantaran piza.

Patung Arnab Gergasi Dunia 7

Sumber: Amusing Planet