Wanita Ini Kongsi Kisah Cekodok Pisang Jadi Menu Jualan Paling Laris Di New York

Selalu dijadikan sebagi menu minum petang, cucur pisang atau juga digelar sebagai cucur kodok merupakan menu kegemaran ramai orang.

Rasa pisang yang diadun bersama tepung dan ditambah dengan sedikit garam, gula memang menjadi igauan tambah pula jika dimakan panas-panas.

Kecur air liur dibuatnya!

Tidak hanya digemari oleh orang Malaysia, cucur pisang ini rupanya turut menjadi kegilaan orang luar negara seperti Amerika.

Pengalaman Jual Cekodok Pisang Di Amerika Syarikat 2

Seorang wanita, Nani Ayu Yusof yang kini menetap di Amerika Syarikat berkongsikan kisah dan pengalaman beliau meniaga cucur pisang yang menerima sambutan luar biasa oleh orang-orang di sana.

Di Amerika, penyediaan makanan untuk dijual perlu menggunakan dapur komersial atau dapur yang mempunyai lesen.

Pengalaman Jual Cekodok Pisang Di Amerika Syarikat

Orang-orang Amerika lebih suka bahan asal makanan adalah seperti buahan dan sayuran.

Pengalaman Jual Cekodok Pisang Di Amerika Syarikat 3

Pengalaman Jual Cekodok Pisang Di Amerika Syarikat 4

Malah pasaran tulen seperti inilah yang mendapat tempat di hati mereka.

Pengalaman Jual Cekodok Pisang Di Amerika Syarikat 1 Beliau yang juga merupakan bekas wartawan BERNAMA memberitahu menu Nasi Lemak turut menjadi kegemaran orang-orang di sana terutamanya mereka yang pernah tinggal di Malaysia dan bertugas di PBB New York.

BACA: Nasi Lemak Tersenarai Antara 100 Hidangan Tradisional Terbaik Dunia

Menceritakan pengalaman menarik beliau, rata-rata daripada netizen turut memuji bahawa tiada kuih mampu kalahkan keenakan rasa cekodok pisang hasil tangan orang Malaysia malah berbangga dengan keunikan tersebut.

Sumber: Nani Ayu Yusof