Nak berjalan jauh menggunakan bas tapi risau kondisi bas yang tak selesa?
Jangan risau, anda kini boleh merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan bas kelas pertama, ala-ala macam terbang dengan pesawat kelas pertama.
Menawarkan perkhidmatan ke enam lokasi iaitu Singapura, Johor Bharu, Bandar Utama, Kuala Lumpur, Bandar Sunway dan Penang, bas Aeroline ini bukan sahaja menyediakan ruang yang selesa, tetapi juga bahan hiburan bagi menghiburkan anda sepanjang perjalanan.
Siap ada beri selimut, headphone dan makanan tau!
Malah, di dalam bas juga anda akan dilayan oleh krew kabin bagi memastikan perjalanan anda lebih lancar dan selesa.
Sementara menunggu bas anda bergerak, anda bolehlah berehat di lounge yang disediakan.
Sekiranya anda melakukan pembayaran melalui pembayaran dalam talian atau pun kad, ada diskaun disediakan.
Menarik bukan? Sementera cuti sekolah masih berbaki ini, bolehlah rancang bawa anak-anak melancong dengan menggunakan bas Aeroline ini.
Sumber: Aeroline, Norlela Khalidah
Ke Terengganu, pilih untuk menginap di Laguna Redang Resort, memang terbaik!
Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu
dan jangan lupa subscribe YouTube MAKANLENA.