
Berita baik untuk penduduk di Negeri Sembilan yang telah beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), jom sambut Merdeka di Lexis Hibiscus Port Dickson!
Sejajar dengan pengumuman kerajaan yang telah memberi kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi individu yang sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, anda kini boleh bercuti menyambut Merdeka bersama keluarga di Lexis Hibiscus Port Dickson.
Lexis Hibiscus Port Dickson kembali dibuka secara rasminya pada 26 Ogos baru-baru ini dan kini sudah bersedia untuk menerima tetamu dari Negeri Sembilan sahaja.

Menurut SOP PPN Fasa 2, aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja yang melibatkan hotel dan homestay.
Baca juga: Lexis Hibiscus 2, Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang
Aktiviti perkelahan juga adalah dibenarkan dalam daerah yang sama dan individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.
Maaf, warga Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri yang berdekatan. Anda masih lagi tidak dibenarkan untuk merentas negeri dan memasuki Negeri Sembilan untuk bercuti.
Individu dari Negeri Sembilan yang telah lengkap divaksin adalah mereka yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
2) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 juga perlu dikemukakan sebagai bukti untuk menginap di hotel-hotel dan resort Lexis dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
Promosi Merdeka Staycation di Lexis Hibiscus Port Dickson bermula dari hari ini sehingga 30 September 2021.

Untuk pakej penginapan selama 2 hari 1 malam di Executive Pool Villa/Sky Pool Villa, harga yang ditawarkan adalah RM600 manakala di Premium Pool Villa harganya RM700 sahaja.
Setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil bersaiz King serta internet pantas dan anda hanya perlu tambah RM88 sahaja untuk mendapat bilik dengan pemandangan laut yang indah.
Turut disediakan ialah sarapan pagi dan tengah hari percuma untuk 2 orang dan yang paling syok, setiap bilik dilengkapi dengan kolam renang dan sauna persendirian!
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web hotel dan resort Lexis Hibiscus Port Dickson.
Sumber: Lexis Hibiscus Port Dickson