Laungkan “Merdeka!” Di Lorong Pandu Lalu McDonald’s Untuk Hadiah Hebat Mulai 27 Ogos Ini

Sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-64, McDonald’s Malaysia dengan bangganya telah menganjurkan Karnival Pandu Lalu di seluruh cawangannya.

Karnival Pandu Lalu McDonald’s yang menawarkan hadiah hebat sempena Merdeka ini berlangsung di sepanjang bulan Ogos.

“Sempena bulan Merdeka ini, dengan semangat ‘Jiwa Mekdi’, kami ingin raikan kegembiraan menyambut Kemerdekaan di seluruh negara sambil memberikan pilihan yang selamat untuk pelanggan, semuanya dari dalam keselesaan kereta mereka,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Foto McDonald’s Malaysia
– Foto McDonald’s Malaysia

Konsep pandu lalu menjadi begitu sinonim dengan situasi pandemik ketika ini di mana keselesaan pelanggan tetap diutamakan walaupun dengan interaksi yang terhad.

Pada masa ini, 70% cawangan McDonald’s di seluruh negara merupakan restoran Pandu Lalu yang menyumbangkan hampir separuh daripada jumlah keseluruhan hasil jualannya.

Sebagai restoran makanan segera nombor satu dengan bilangan Pandu Lalu terbesar di negara ini, McDonald’s berharap kegembiraan menyambut Merdeka dapat diraikan bersama dengan ribuan rakyat Malaysia di sepanjang bulan ini,” ujar Azmir lagi.

Baca juga: Akibat Penangan ‘BTS Meal’, McDonald’s Di Negara Ini Terpaksa Ditutup

Karnival Pandu Lalu McDonald’s kini sedang berlangsung di semua 202 restoran Pandu Lalu yang terdapat di seluruh Malaysia.

Mulai 27 Ogos, pelanggan Pandu Lalu McDonald’s berpeluang untuk merebut lebih 20,000 baucar* setiap hari melalui acara Nombor Plat Merdeka dan Laungan Merdeka.

Foto McDonald’s Malaysia
– Foto McDonald’s Malaysia

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyertainya:

  • Langkah 1: Nantikan Nombor Merdeka untuk hari tersebut.
  • Langkah 2: Sekiranya nombor plat kenderaan anda sama dengan Nombor Merdeka pada hari tersebut, segera kunjungi mana-mana McDonald’s Pandu Lalu.
  • Langkah 3: Laungkan sorakan “Merdeka!” yang betul di tingkap pesanan Pandu Lalu untuk mendapat hadiah istimewa.

Nombor-nombornya adalah:

  • 27 Ogos 2021 – Nombor Merdeka: 64 (jika nombor plat kereta anda mengandungi nombor 64, laungkan “Merdeka 64!”)
  • 28 Ogos 2021 – Nombor Merdeka: 57 (jika nombor plat kereta anda mengandungi nombor 57, laungkan “Merdeka 57!”)
  • 29 Ogos 2021 – Nombor Merdeka: 08 (jika nombor plat kereta anda mengandungi nombor 08, laungkan “Merdeka 08!”)
  • 30 Ogos 2021 – Nombor Merdeka: 31 (jika nombor plat kereta anda mengandungi nombor 31, laungkan “Merdeka 31!”)

*Baucar adalah terhad untuk 100 kereta pertama sahaja manakala hanya satu baucar dibenarkan untuk satu kereta dan penebusan hanya sah untuk pembelian seterusnya.

Sumber: Facebook McDonald’s Malaysia