Akibat Penangan ‘BTS Meal’, McDonald’s Di Negara Ini Terpaksa Ditutup

Hinggakan McDonald’s terpaksa ditutup gara-gara BTS Meal! Memang dahsyat sungguh penangan BTS ni.

Kolaborasi hidangan terbaru McDonald’s bersama kumpulan pop Korea Selatan – BTS merupakan satu kejayaan besar di seluruh dunia.

BTS Meal dilaporkan bertanggungjawab di atas lonjakan terbesar dalam trafik mingguan penjualan hidangan makanan di francais McDonald’s.

Rangkaian McDonald’s di seluruh dunia kini semakin menjadi-jadi dengan kegilaan BTS Meal sehingga ada yang terpaksa ditutup.

Baca juga: Gara-Gara ‘BTS Meal’, Sistem Penghantaran McDonald’s Lumpuh

Di negara jiran kita Indonesia, hidangan makanan itu menjadi terlalu popular untuk dikendalikan oleh sesebuah restoran tempatan, menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Kredit: Reuters
Kredit: Reuters

Lebih dari 12 lokasi McDonald’s di Jakarta dan bandar-bandar lain di Indonesia kini terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana lonjakan permintaan yang terlalu tinggi.

Isu ini mula timbul disebabkan kesukaran pemandu khidmat penghantaran makanan yang tidak mampu untuk memenuhi setiap pesanan yang akhirnya menjadi di luar kawalan.

Masalah ini tidak begitu getir dan masih berupaya diatasi sekiranya dunia kini tidak bergelut dengan pandemik COVID-19.

Kredit: AFP
Kredit: AFP

Seperti negara-negara lain, Indonesia juga kini masih berjuang untuk mengawal kadar kebolehjangkitan wabak tersebut.

Oleh sebab itu, kegilaan terhadap BTS Meal ini terpaksa dihentikan dan McDonald’s di beberapa kawasan terpaksa ditutup.

Baca juga: Buat Sendiri ‘BTS Meal’ Siap Dengan Sos Cajun McDonald’s Dengan Resipi Mudah Ini

Salah satu lokasi McDonald’s yang terpaksa ditutup akibat BTS Meal ialah di Semarang iaitu sebanyak empat buah restoran.

Kami terpaksa menutup sementara empat dari enam restoran McDonald’s di Semarang untuk beberapa hari,” ujar Fajar Purwoto, Ketua Agensi Ketenteraman Awam Jakarta.

Kami tidak mahu Semarang berada di dalam zon merah COVID-19 lagi,” tambah beliau yang amat risau dengan peningkatan kes COVID-19 di Indonesia.

Menurut Tasya Mutiara Ramlan, pentadbir akaun peminat BTS di Twitter, kumpulan pop ini sememangnya amat popular di Indonesia, tetapi sambutan terhadap BTS Meal McDonald’s ini adalah terlalu melampaui jangkaan.

Kredit: AFP
Kredit: AFP

Terdapat peminat yang gigih membuat simpanan dan menjimatkan wang semata-mata untuk membeli hidangan tersebut pada hari pelancarannya.

Selain dari sos cili manis dan sos Cajun yang dihidangkan bersama McNuggets, BTS Meal juga menjadi rebutan gara-gara cawan dan kertas pembungkus eksklusifnya yang dijadikan barangan pengumpul dan dijual semula pada nilai berlipat kali ganda.

Sumber: Eat This, Not That!