20 Foto Menarik Dan Pelik Yang Hanya Boleh Dilihat Di Dubai, Nombor 10 Akan Membuatkan Anda ‘Pecah Perut’

Berikut merupakan beberapa foto menarik dan pelik yang diperolehi di sekitar Dubai atau tajuk lainnya – “Bila Kau Dah Kaya Dan Banyak Sangat Duit Sampai Tak Tau Nak Beli Apa.”

1) Aktiviti menunggang singa

1) Aktiviti menunggang singa – Sesuai bagi mereka yang sudah bosan menunggang unta atau kuda. Tidak pasti berapa kelajuan yang boleh dicapai oleh singa ini sebelum dia hilang sabar dan mengamuk.

2) Bersiar-siar di dalam kereta bersama binatang peliharaan

2) Bersiar-siar di dalam kereta bersama binatang peliharaan – Tidak kira di mana sekalipun destinasi yang hendak dituju, pastikan trafik tidak sesak dan harimau tersebut sudah kenyang.

3) Dubai Miracle Garden

3) Dubai Miracle Garden – Walaupun bercuaca panas dan dikelilingi padang pasir, Dubai mempunyai taman bunga terbesar di dunia yang menempatkan lebih 250 juta spesies pokok bunga.

4) Mercedes Benz termahal

4) Mercedes Benz termahal – Kereta berharga AS$4.8 juta (RM19.8 juta) milik Amir Al-Waleed bin Talal bin Abdul-Aziz ini dihiasi dengan lebih 300 ribu permata berlian.

5) Gelanggang tenis tertinggi

5) Gelanggang tenis tertinggi – Berada pada ketinggian 1000 kaki (305 meter) dari paras laut, gelanggang ini pernah digunakan oleh Roger Federer dan Andre Agassi dalam satu perlawanan persahabatan.

6) Untuk yang kurang bernasib baik

6) Untuk yang kurang bernasib baik – Hanya di Dubai, terdapat sudut makanan percuma yang disediakan oleh golongan dermawan kepada mereka yang tidak mempunyai wang atau pekerjaan.

7) Mesin vending emas

7) Mesin vending emas – Terdapat restoran dan kedai di Dubai yang hanya menerima emas sebagai bentuk bayaran. Mujur ada mesin ATM untuk mengeluarkan emas yang boleh ditemui di mana-mana.

8) Kandang kuda mewah

8) Kandang kuda mewah – Dengan lantai marmar dan siling hiasan eksklusif, kuda-kuda di Dubai turut ‘dimanjakan’ dan diberi layanan paling istimewa berbanding kuda-kuda negara lain.

Baca juga: Orang Mati 3 Tahun Tempah Hotel Di Dubai

9) Pusat ski indoor

9) Pusat ski indoor – Pusat ski dalam bangunan ini merupakan yang terbesar di dunia dan dibuka sepanjang tahun tanpa mengira musim.

10) Mari menyusun kura-kura

10) Mari menyusun kura-kura – Asyik-asyik singa dan harimau? Dapatkan spesies terancam lain untuk dijadikan hiburan. Lihat saja wajah ceria brader ini yang gemarkan aktiviti menyusun tinggi kura-kura.

11) Uber di Dubai

11) Uber di Dubai – Ini bukan sedutan filem Fast & Furious 9 dan itu bukan Vin Diesel. Hanya situasi biasa jika anda menempah Uber di Dubai. Jangan terkejut kalau kereta ini dapat menjemput. Biasa je tu.

12) Lumba unta

12) Lumba unta – Lagi foto menarik dan pelik di Dubai. Mungkin sukan esports pun sudah ketinggalan di sini. Kini, robot digunakan untuk sukan lumba unta. Ya, betul. Yang menunggang tu sebenarnya robot.

13) Kereta atas air

13) Kereta atas air – Ini juga merupakan situasi biasa di Dubai, bukan dari filem James Bond. 6 buah kereta ini bernilai AS$800 ribu (RM 3.3 juta) dan dimiliki oleh Sheik Hamdan Al-Maktoum.

14) Pantai khas untuk golongan wanita dan seisi keluarga

14) Pantai khas untuk golongan wanita dan seisi keluarga – Terdapat pantai di Dubai yang tidak membenarkan wanita mendedahkan aurat. Tidak pasti pula apa kod pakaian mandi bagi lelaki di sini.

15) Kereta peronda polis

15) Kereta peronda polis – Kalau Uber pun pakai Bugatti, orang jahat pakai Lamborghini, polis di Dubai haruslah pakai Ferrari. Ya, memang betul. Polis di Dubai menggunakan Ferrari sebagai kenderaan rasmi.

16) Lari dari kesesakan trafik

16) Lari dari kesesakan trafik – Foto ini memang menarik dan pelik. Di Dubai, orang kaya tak pakai Waze. Kalau dah jem, panggil helikopter je. Terus hantar rumah siap parking atas bumbung penthouse.

Baca juga: Ketinggian Menara Burj Khalifa Miliki 3 Zon Bersungkai Yang Berbeza

17) Menuju ke hospital dengan penuh gaya

17) Menuju ke hospital dengan penuh gaya – Inilah rupa salah satu ambulans di Dubai. Walaupun sakit tenat, pasti terubat sakitnya jika berpeluang menaiki limo ala-ala penyanyi rap gangsta ini.

18) Layanan istimewa untuk burung kebangsaan

18) Layanan istimewa untuk burung kebangsaan – Foto ini memberi definisi bagi perkataan ‘pelik’ di Dubai. Sebagai burung kebangsaan, helang diberikan tempat duduk khas di atas pesawat komersial.

19) Kedai emas

19) Kedai emas – Foto ini juga menarik dan pelik jika anda bukan seorang warga Dubai yang obses dengan emas. Memang rambang mata! Sampai ke dinding dan siling pun turut digantung dengan emas.

20) Pantai bebas

20) Pantai bebas – Terdapat juga pantai di Dubai yang lebih fleksibel dan bebas disediakan khas untuk pelancong. Kelihatan seorang pakcik tempatan yang menaiki unta sedang ‘try’ dua gadis berbikini.

Gambar BONUS:

21) Situasi tegang di Dubai

21) Situasi tegang di Dubai – Makcik ini dipercayai merupakan isteri kepada pakcik di atas. Beliau kelihatan sedang perhati je suaminya dari jauh. Semoga hubungan mereka berdua baik-baik sahaja.

Sumber: Illumeably