Dituduh Mempersenda Makanan Asia, James Corden Dikecam Dan Dilabel Rasis

Hos rancangan The Late Late Show, James Corden kini dikecam hebat oleh netizen kerana mempermain-mainkan hidangan makanan yang berasal dari Asia.

Oleh kerana tindakannya yang tidak menghormati keunikan makanan Asia tersebut, James Corden bukan sahaja dilabel sebagai rasis, malah kini sudah ada petisyen yang mengecam beliau.

Dalam salah satu segmen popular yang telah diulangi beberapa kali dalam rancangan The Late Late Show, James Corden akan menjemput selebriti undangan beliau untuk bermain satu permainan.

Permainan tersebut diberi nama “Spill Your Guts or Fill Your Guts” di mana James dan tetamu beliau perlu bersoal jawab menggunakan soalan peribadi sensitif, kontroversi atau memalukan yang disediakan kepada mereka mengikut giliran.

Foto CBS
Foto CBS

Sesiapa yang tidak berani mendedahkan atau tidak sanggup menjawab soalan yang diajukan, dikehendaki memakan makanan ‘menjijikkan’ dan ‘pelik’ yang dipilih oleh penanya soalan.

Foto CBS
Foto CBS

Di antara senarai makanan yang pernah dipaparkan dalam segmen ini ialah ubur-ubur, kaki ayam, mata ikan, telur ikan, air sardin, air sarang burung, ketulan darah babi, kaki babi, belalang, lidah lembu, otak lembu, kemaluan lembu, testis ayam belanda, ‘Telur Seribu Tahun’, ‘Balut’ dan banyak lagi.

Baca juga: 17 Makanan Ekstrem Jijik & Meloyakan Di Dunia

Rakan selebriti yang pernah menjadi ‘mangsa’ beliau pula ialah Katy Perry, Charlie Puth, Justin Bieber, Chrissy Teigen, Drew Barrymore, John Boyega, Mila Kunis, Christina Applegate, Kendall Jenner, Kim Kardashian, Arnold Schwarzenegger, Ewan McGregor, Will Ferrell, Jimmy Kimmel, Gordon Ramsay dan ramai lagi.

Segmen James Corden ini menerima tamparan hebat baru-baru ini apabila seorang aktivis berbangsa Asia-Amerika, Kim Saira mempersoalkan mengapa makanan tradisional dari Asia diperlekeh dan ditonjolkan sebagai menjijikkan sebegitu rupa.

@kimssaira

many of these foods have been around in asian cultures for thousands of years. sign the link in my bio to take this off the air #fyp #aapi

♬ original sound – Kim Saira

Melalui Change.org, Kim Saira telah memulakan petisyen menuntut James Corden dan rancangannya memohon maaf, mengubah atau menghentikan terus segmen tersebut.

Baca juga: Nak Cuba Makanan Jijik? Muzium Ini Akan Buat Anda Muntah

Berikutan beberapa siri kejahatan dan kebencian terhadap bangsa Asia yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini di Amerika Syarikat, segmen ini bukan sahaja sangat menyinggung budaya dan tidak sensitif, tetapi juga mendorong perasaan perkauman anti-Asia,” tulis beliau di dalam petisyen tersebut.

Terlalu ramai bangsa Asia-Amerika yang sering dibuli dan diejek kerana makanan tradisional mereka, dan segmen ini memperkuat dan mendorong lagi perbuatan tersebut,” tambah Kim Saira.

Sehingga kini, lebih 35 ribu tandatangan telah diperolehi melalui petisyen tersebut. James Corden pula masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi.

Sumber: Today