5 Resipi Viral Di TikTok Yang Pasti Tak Menyesal Untuk Anda Cuba

TikTok merupakan aplikasi perkongsian video pendek popular masa kini yang dimiliki oleh ByteDance. Bertapak di Beijing, TikTok diasaskan pada 2012 oleh Zhang Yiming.

Aplikasi ini amat popular terutama dalam kalangan remaja, pelbagai jenis video dapat dilihat sama ada video seni, aksi komedi, info-info menarik mahupun video masakan.

Penggunaan TikTok yang amat meluas di seluruh dunia telah mempercepatkan video-video tular termasuk video berkaitan resipi.

Masih ingatkah lagi dengan tularnya resipi dalgona coffee ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

BACA: Ini Cara Buat ‘Dalgona Coffee’ Di Rumah Yang Semakin Trending Di Media Sosial

Tularnya resipi itu bermula dari aplikasi TikTok hinggalah menjadi buah mulut di media sosial lain. Selain resipi dalgona coffee, ini lima resipi lain yang viral di TikTok yang pasti tidak menyesal untuk anda cuba.

Resipi viral TikTok

1. Snek Bell Pepper Cream Cheese

Resipi Viral TikTok
Sumber: Google

Tidak pasti siapa yang mulakan, namun resipi ini telah dicuba oleh mereka yang sering melayari TikTok.

Kombinasi pedas dan segar dari lada benggala bersama cream cheese membuatkannya mempunyai rasa unik dan rangup hingga buat anda ketagih!

Bahan-bahannya hanya guna lada benggala dan cream cheese. Sediakan topping seperti pepperoni atau sosej koktel dan taburkan mix herbs ke atasnya. Sedia untuk dimakan!

2. Cloud Bread

Roti awan atau cloud bread ini hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Walaupun dinamakan roti, tetapi teksturnya gebu seakan pavlova dan rasanya manis lebih kurang seperti marshmallow.

Bahan-bahan:

1/4 cawan gula (tak suka manis boleh kurangkan gula)
2 sudu kecil tepung jagung
3 biji putih telur

Cara membuat:

1. Pukul putih telur dengan mixer sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan gula, kacau hingga sebati.
3. Seterusnya letak pewarna (jika suka). Boleh letak kepingan badam untuk hiasan atasnya.
4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.

3. Baked Milk

https://twitter.com/Ashril_92/status/1321014881873588226

Turut menjadi kegilaan para pengguna TikTok untuk mencuba resipi ini yang mana bahan asasnya adalah daripada susu yang disejukbekukan, kemudian dipotong kecil untuk dibakar sebelum makan.

Bahan-bahan:

500ml susu penuh krim
2 kuning telur
50g tepung jagung
30g gula

Cara membuat:

1. Campurkan kesemua bahan dan panaskan di atas api hingga adunan menjadi pekat.
2. Masukkan adunan tadi di dalam apa-apa jenis bekas, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
3. Setelah menjadi pejal, keluarkan dari bekas kemudian potong kecil.
4. Sapukan setiap kepingan tadi dengan kuning telur.
5. Bakar pada suhu 200 selama 18 minit.

4. Sandwic TikTok

https://twitter.com/Ashril_92/status/1319805910173143040?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1319805910173143040%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fdailymakan.com%2Fresepi-sandwich-tiktok-viral%2F28730%2F

Pelbagai jenis resipi sandwic yang ada ketika ini tetapi lihat sahaja resipi ini memamg buat kita kecur air liur!

Bahan-bahan:

2 biji telur (campurkan dengan 2 sudu susu segar dan serbuk lada hitam)
2 keping roti
Salad
Sosej dipotong panjang dan goreng
Cheese slices

Cara membuat:

1. Tuangkan campuran telur yang sudah disatukan bersama susu dan pepper. Kemudian letakkan 2 keping roti di atasnya. Tunggu sehingga telur masak.

2. Kemudian balikkan (bahagian telur di atas). Lipat sisi telur mengikut bentuk roti.

3. Letakkan salad, sosej dan cheese slices. Satukan kedua-dua roti tersebut. Angkat dan belah kepada 2 bahagian. Siap untuk dimakan!

5. Mi TikTok

Resipi Viral TikTok
Sumber: FB

Tidak pasti nama sebenar resipi ini, namun telah dikongsikan oleh Hazirah Zaihan di laman Facebook. Penyediaan yang amat mudah ini membuatkan ramai tertarik untuk mencubanya.

Bahan-bahan:

Bawang putih dicincang
Daun bawah dicincang
Bijan
Minyak bijan
Chili flakes
Mi segera yang direbus

Cara membuat:

1. Jika sudah sediakan bahan-bahan tadi boleh panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Kemudian tuang minyak panas ke atas bahan-bahan tadi.

2. Kemudian boleh letak kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa sedikit. Kacau hingga sebati.

3. Seterusnya, tuang mi segera bersama sedikit air rebusan mi tadi dan gaul hingga sebati. Jika mahu kuah pekat, letak sedikit air rebusan dan sebaliknya.

Mudah dan tampak menarik bukan? Selamat mencuba!