
Disebabkan promosi hebat dengan nilai RM3, kesesakan dijangka berlaku di cawangan-cawangan rangkaian Starbucks pada setiap hujung minggu bulan Jun ini.
Promosi bernilai RM3 di Starbucks tersebut akan bermula pada hujung minggu pertama bulan Jun ini.
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia kini masih lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Orang ramai dinasihatkan agar duduk di rumah dan tidak digalakkan untuk keluar melainkan terpaksa atau jika benar-benar perlu sahaja.
Pusat membeli belah juga terpaksa ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini.
Tapi, dengan promosi bulan Jun bernilai RM3 dari Starbucks ini, pasti ramai yang tergugat untuk keluar rumah. Betul tak?
Bagi mereka yang terpaksa bekerja di pejabat pada waktu hujung minggu ini, mungkin tawaran ini tidak dapat dilepaskan. Selepas penat bekerja, mungkin boleh belanja kawan-kawan lagi.
Tapi, kalau yang dikehendaki bekerja dari rumah tu, rasanya tak perlulah nak sibuk-sibuk beratur di luar Starbucks juga. Teruskan duduk di rumah dan belek-belek makanan dalam peti ais cukuplah.
Apakah promosi RM3 pada setiap hujung minggu bulan Jun dari Starbucks yang kecoh-kecoh sangat ni sebenarnya?
Jom ikuti ringkasan terma dan syarat promosi RM3 hujung minggu bulan Jun di Starbucks tersebut:
- Promosi: Beli minuman kedua pada harga RM3 sahaja dengan setiap pembelian minuman handcrafted
- Tempoh: Setiap Sabtu dan Ahad mulai 5 hingga 27 Jun 2021
- Masa: 10am – 12pm untuk setiap cawangan Starbucks (kecuali 11am – 1pm sahaja untuk cawangan-cawangan Starbucks berikut iaitu Reserve Sunway Pyramid, Borders The Curve, Ipoh Parade, Bangsar Village 2, Sunway Pyramid 2, Johor Premium Outlets, Sunway Giza, Sunway Velocity, Design Village, Sunway Pyramid 3, Komtar JBCC, Sunway Citrine dan Quayside Mall. Untuk cawangan Subang Parade dan Sogo Southkey Megamall pula masa dari 12pm – 2pm sahaja)
- Lain-lain:
1) Minuman yang dibeli pada harga RM3 mestilah berharga sama atau lebih murah berbanding dengan harga minuman pertama yang telah dibeli.
2) Tidak sah untuk reserve beverages.
3) Tidak sah untuk pembelian penghantaran ke rumah.
4) Tidak sah untuk lain-lain promosi dan diskaun.
5) Tiada sah untuk tuntutan mata ganjaran Starbucks Rewards.
6) Tidah sah untuk cawangan Starbucks di KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon dan Genting Highlands.
Itu dia. Jangan lepaskan peluang untuk rebut tawaran promosi RM3 pada setiap hujung minggu bulan Jun ini di Starbucks, ya?
Yang penting, jangan bersesak-sesak dan sentiasa patuhi SOP. Kita mesti menang!
Sumber: Facebook Starbucks Malaysia