15 Tip Amalan Sihat Untuk Turun Berat Badan Tanpa Perlu Diet

Senang sahaja kalau betul-betul nak turun berat badan tanpa diet. Hanya amalkan tip gaya hidup sihat dari sudut pandangan sains pun boleh.

Serius ni. Tak perlu susah-susah kena berlapar nak jaga bentuk badan.  Tanpa diet, pakai sains pun berat badan boleh turun. Macam susah nak percaya, kan?

Cuba sendiri dan lihat hasilnya. Tip yang terakhir adalah yang paling kerap kita dengar tapi macam tak selalu kita amalkan.

Jom cuba 15 tip amalan sihat ini untuk turun berat badan tanpa perlu diet:

1) Makan sarapan pagi – Jangan sesekali tinggalkan sarapan kerana perbuatan ini akan memperlahankan metabolisme dan anda juga akan terasa lebih lapar serta makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Makan sarapan pagi

2) Minum kopi – Minuman ini memberikan tenaga, membantu meningkatkan produktiviti kerja dan kajian juga mendapati kopi berupaya membakar kalori tambahan sebanyak 12%.

3) Bangun pagi – Terdapat kajian saintifik yang mengatakan sinaran matahari di waktu pagi membuatkan seseorang lebih cergas, ceria dan kurus.

4) Bersenam di waktu pagi – Mengikut kajian, cara ini lebih cepat membantu meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar kalori sepanjang hari.

5) Makan 2-3 biji buah-buahan sehari – Mengandungi serat, nutrien dan vitamin di samping mengenyangkan tetapi perlu dikawal sekiranya kandungan gulanya tinggi.

Makan 2-3 biji buah-buahan sehari

6) Makan sayur-sayuran tanpa had – Lebih baik sekiranya diutamakan sayur-sayuran hijau dan tidak berkanji seperti ubi kentang, keledek, jagung dan labu.

7) Imbangi pengambilan protein dengan karbohidrat dan lemak – Protein penting, tetapi wajar diambil bersama karbohidrat dan lemak yang membantu mengurangkan selera makan serta melambatkan indeks glisemik dari makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

8) Kerap minum air kosong – Minum 2 liter sehari untuk meningkatkan metabolisme dan mengurangkan pembentukan lemak di bahagian perut.  Minum air sebelum makan dapat menjamin pengambilan makanan yang lebih sedikit tanpa anda sedari.

9) Minum air antioksidan – Tambah sedikit perisa jika air kosong membosankan. Buah-buahan, sayur-sayuran dan herba seperti timun, limau nipis, halia dan sebagainya turut membekalkan anda dengan tambahan vitamin dan antioksidan.

4 Minum air antioksidan

10) Makan pedas – Mengikut kajian, cili mengandungi capsaicin yang membantu mengurangkan pembentukan lemak di bahagian perut. Selain dari siapa yang makan cili merasa pedas, kajian juga mendapati orang yang makan cili akan kurang makan sebanyak 200 kalori dalam hidangan mereka yang seterusnya.

11) Gunakan daun herba segar dalam masakan – Penggunaan daun herba seperti daun adas manis, daun selasih dan daun kucai dalam masakan bukan sahaja dapat dijadikan sebagai perisa tetapi juga mengandungi kaempferol yang membantu meningkatkan metabolisme.

12) Masukkan sedikit perahan lemon dalam setiap hidangan – Terlalu banyak sebenarnya khasiat lemon dari kulitnya sehinggalah ke setiap titisan perahannya. Kajian mendapati, selain membantu menurunkan berat badan, lemon berupaya menyebabkan seseorang sentiasa berasa kenyang.

Masukkan sedikit perahan lemon dalam setiap hidangan

13) Bertukar kepada bijiran penuh – Penggemar roti dan pasta disarankan bertukar kepada produk berasaskan 100% bijiran penuh yang lebih tinggi fiber, melambatkan proses pencernaan di samping dapat mengurangkan kolesterol dan rendah kandungan gula.

14) Minum teh – Selain kopi, kandungan antioksidan di dalam teh juga sebenarnya berupaya meningkatkan metabolisme dan menyingkirkan lemak. Penggemar teh hijau juga dikatakan lebih berupaya untuk mengurangkan berat badan dengan lebih cepat.

5 Minum teh

15) Dapatkan tidur yang cukup – Selain dari meningkatkan produktiviti, fungsi otak dan kesihatan badan secara keseluruhan, kajian sains turut mendapati mereka yang tidur 7-8 jam sehari lebih sihat dan mudah untuk turun berat badan tanpa diet.

Sumber: Eat This, Not That!