Syukor Burger ‘Laku Keras’, Lebih 1 Juta Terjual Dalam Hanya 9 Bulan!

Tiada siapa pun yang menyangka, ketika dunia sedang bergelut dengan wabak penyakit yang ganas, Syukor Burger berjaya terjual lebih dari 1 juta!

Amat memeranjatkan kerana angka jualan sebanyak 1 juta tersebut telah dicapai ketika perniagaan Syukor Burger hanya berusia kira-kira 9 bulan sahaja pada Ogos yang lalu.

Foto Facebook
– Foto Facebook

“Sekitar 9 bulan lalu, jam 4 pagi, datang satu ilham untuk berniaga rangkaian burger. Sejam selepas itu, saya whatsapp pembantu peribadi arahkan pasukan kerja untuk hadir mesyuarat tergempar beberapa jam selepas itu. Saya memang tak sempat tidur pun ketika itu,” jelas Syukor Majid yang hanya berusia 33 tahun.

Jika dilihat dari sudut matematik, ketika jangkitan COVID-19 sedang memuncak di Malaysia, untuk mencapai angka 1 juta, purata Syukor Burger yang terjual dalam sehari adalah kira-kira lebih 3,700 biji! Wow!

Baca juga: Lelaki Kongsi Petua Masak Burger Yang Terbukti Sedap

Foto Sinar Harian
– Foto Sinar Harian

Pada mulanya, Syukor hanya terniat untuk memulakan perniagaan burger tersebut setelah membaca berita mengenai kadar pengangguran yang mendadak akibat pandemik.

“Segala galanya bermula apabila tular berita kadar pengangguran naik mendadak akibat pandemik. Terdetik di hati untuk membantu mereka yang tersepit”, ujar bapa kepada 2 orang anak ini.

“Ramai orang yang kekurangan wang. Jadi dalam hal ini mereka tak perlu keluar modal. Gerai burger dan bahan mentah pihak saya sediakan. Mereka hanya perlu fokus berniaga,” tambah beliau lagi.

Kini, Syukur Burger telah berjaya memberi hampir 200 peluang pekerjaan baharu dan sudah mempunyai lebih 600 buah cawangan gerai burger dan dijangka meningkat ke angka 1,000 penghujung 2021.

Ajaibnya, Syukor sebelum ini langsung tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai selok-belok perniagaan burger.

Foto Berita Harian
– Foto Berita Harian

“Jujurnya pengetahuan tentang burger memang ‘zero’. Tapi dalam tempoh singkat itu, kami sama-sama belajar buat semua perkara termasuklah roti, patty, sos dan mayonis. Alhamdulillah, sekarang sebut apa sahaja jenis burger kami sudah pandai buat,” katanya yang memegang ijazah sarjana muda dalam Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Sebagai usahawan sejak tahun 2010, saya cuba tawarkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang terkesan. Saya bukan wakil rakyat atau jauh sekali ahli politik, tapi saya nak bantu mereka yang bergelut,” luahan hati anak kelahiran Pulau Pinang ini.

Sebelum ini, Syukor pernah tular dengan kisah kereta Ford Mustang GT350 berwarna merah yang dipandu oleh isterinya tersangkut di atas sebatang parit di Bertam, Pulau Pinang.

Foto Mstar
– Foto Mstar

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian, mStar