McDonald’s Raikan Ulang Tahun Ke-50 Walt Disney World Dengan 50 Mainan Happy Meals Baru

Sempena ulang tahun taman tema Walt Disney World Resort yang ke -50 di Amerika Syarikat, McDonald’s menawarkan kejutan menarik di dalam setiap hidangan Happy Meals.

Untuk tempoh masa yang terhad, bermula 14 September ini, 50 mainan yang berupa watak-watak popular dari siri dan filem Disney akan diberikan percuma untuk pembeli set Happy Meals.

Terdapat juga peraduan menarik yang menawarkan pakej hadiah percutian keluarga yang akan bermula Oktober ini sehingga ke tahun 2022.

Baca juga: Akibat Penangan ‘BTS Meal’, McDonald’s Di Negara Ini Terpaksa Ditutup

Berikut merupakan senarai penuh 50 mainan baru dalam set eksklusif khas Happy Meals McDonald’s sempena sambutan ulang tahun ke-50 Walt Disney World:

  1. Mickey Mouse
  2. Minnie Mouse
  3. Chip
  4. Dale
  5. Donald Duck
  6. Daisy Duck
  7. Goofy
  8. Pluto
  9. Tinker Bell (Peter Pan)
  10. Stitch (Lilo & Stitch)
  11. Flounder (The Little Mermaid)
  12. Sebastian (The Little Mermaid)
  13. Dory (Finding Nemo)
  14. Nemo (Finding Nemo)
  15. Dumbo (Dumbo)
  16. Timothy Mouse (Dumbo)
  17. Abu (Aladdin)
  18. Genie (Aladdin)
  19. Pinocchio (Pinocchio)
  20. Jiminy Cricket (Pinocchio)
  21. Bambi (Bambi)
  22. Thumper (Bambi)
  23. Simba (The Lion King)
  24. Pumbaa (The Lion King)
  25. Timon (The Lion King)
  26. R2-D2 (Star Wars)
  27. BB-8 (Star Wars)
  28. Olaf (Frozen)
  29. Bruni (Frozen)
  30. Lady (Lady and the Tramp)
  31. Tramp (Lady and the Tramp)
  32. Winnie the Pooh (Winnie the Pooh)
  33. Piglet (Winnie the Pooh)
  34. Rocket (Guardians of the Galaxy)
  35. Groot (Guardians of the Galaxy)
  36. Woody (Toy Story)
  37. Bo Peep (Toy Story)
  38. Cheshire Cat (Alice in Wonderland)
  39. Mad Hatter (Alice in Wonderland)
  40. Hei Hei (Moana)
  41. Pua (Moana)
  42. Frozone (The Incredibles)
  43. Edna Mode (The Incredibles)
  44. Miguel (Coco)
  45. Dante (Coco)
  46. Jaq (Cinderella)
  47. Gus (Cinderella)
  48. Cogsworth (Beauty and the Beast)
  49. Lumiere (Beauty and the Beast)
  50. Joe Gardner (Soul)
Foto McDonald’s
– Foto McDonald’s

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada McDonald’s Malaysia turut sama mengambil bahagian dalam meraikan ulang tahun ke-50 Walt Disney World ini.

Oleh itu, agak mengecewakan buat pengumpul mainan Happy Meals di Malaysia kerana 50 mainan edisi terhad ini mungkin tidak boleh didapati di sini.

Sumber: People.com