Tidak Menggunakan Daging, IKEA Malaysia Perkenalkan Burger Dan Makanan Berasaskan Tumbuhan

Istimewa untuk bulan Oktober ini, IKEA Malaysia telah memperkenalkan menu baru iaitu beraneka jenis hidangan makanan berasaskan tumbuhan.

Setiap makanan berasaskan tumbuhan ini boleh didapati di rangkaian restoran dan bistro IKEA pada harga yang berpatutan.

Tapi, kena cepat tau? Ada di antara menu makanan berasaskan tumbuhan IKEA ini hanya untuk masa yang terhad sehingga 31 Oktober ini sahaja.

Asyik-asyik pergi IKEA makan benda yang sama je mesti dah bosan kan? Balik-balik makan meatball dan karipap telur.

Jom cuba burger berasaskan tumbuhan! Tak pakai daging pun. Set makanan kombo ini dihidangkan bersama cendawan shitake dan kentang goreng untuk harga RM12.90 je! Serius murah.

Ditawarkan mulai pukul 11 pagi setiap hari tetapi untuk masa yang terhad sahaja iaitu sehingga bulan Oktober ini berakhir.

Terdapat 6 lagi pilihan makanan berasaskan tumbuhan yang ditawarkan. Tidak seperti burger yang hanya ditawarkan untuk masa yang terhad, ia akan dikekalkan terus dalam menu IKEA selepas ini.

Foto IKEA Malaysia
– Foto IKEA Malaysia

Antara makanan berasakan tumbuhan tersebut ialah schnitzel dengan sos mustard dill yang dihidangkan bersama dengan kentang goreng dan sayur campur pada harga RM9.90.

Terdapat juga salad Caesar dengan kepingan berasaskan tumbuhan (RM7.90), jejari ikan berasaskan tumbuhan dengan mayones, brokoli dan kentang goreng (RM6.90) dan wrap bebola sayur (RM4.90).

Turut disediakan ialah pasta sos tomato dengan bebola sayur (RM7.90) dan telur scramble dengan roti croissant yang dihidangkan bersama kepingan berasaskan tumbuhan, tomato ceri dan brokoli (RM7.90).

Semua hidangan berasaskan tumbuhan ini disediakan mulai pukul 11 pagi kecuali set telur scramble dengan roti croissant yang hanya boleh didapati untuk sarapan mulai pukul 10 sehingga 11 pagi sahaja.

Baca juga: Untuk Newbies, Ini Cadangan Senarai Menu IKEA Yang Boleh Anda Cuba

Sementara itu, IKEA Malaysia turut mengadakan kempen amal yang dianjurkan bersama HOPE Worldwide Malaysia sempena Hari Makanan Sedunia yang jatuh pada 16 Oktober ini.

Mulai 16 Oktober hingga 31 Oktober 2021, dapatkan set kombo Hari Makanan Sedunia yang terdiri daripada schnitzel berasaskan tumbuhan dan sup cendawan pada harga RM12.90.

Untuk setiap set kombo yang dibeli, RM2.00 akan disalurkan ke HOPE Worldwide Malaysia untuk program pengedaran makanan.

Semua set hidangan berasaskan tumbuhan ini boleh didapati untuk dine-in, takeaway atau menggunakan khidmat IKEA Food Order & Collect di cawangan Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan.

Sumber: IKEA Malaysia