Dihalang Masuk Ke Arab Saudi, Pemuda Ini Kongsi Kisah Sedih Buat Penerima Vaksin Sinovac

Berita yang agak kurang enak didengar oleh penerima vaksin Sinovac yang ingin melangkah ke tanah suci atau Arab Saudi dalam waktu terdekat ini.

Tular di TikTok sebuah video yang mendakwa Arab Saudi masih lagi enggan menerima kemasukan pengunjung yang telah lengkap vaksin jenis Sinovac.

Video yang dikongsi oleh seorang pemuda yang bernama Ikmal Shah tersebut mengisahkan tentang pengalamannya beberapa hari yang lepas ketika ingin ke Arab Saudi atas urusan kerja.

Beliau yang ingin melakukan penerbangan transit dari Dubai ke Arab Saudi dilarang untuk berbuat demikian dan tergolong dalam kategori “No Vaccine” walaupun telah lengkap 2 suntikan Sinovac.

Selepas bertungkus-lumus ‘mempertahankan diri’ dan terpaksa memberikan segala dokumen untuk menunjukkan bahawa beliau bekerja di Arab Saudi, akhirnya Ikmal dilepaskan dengan syarat.

Menurutnya, Arab Saudi sebenarnya ‘menerima’ vaksin Sinovac, tetapi dengan syarat suntikan dos penggalak atau booster adalah diperlukan.

Dalam kes ini, beliau dikehendaki untuk menerima suntikan booster vaksin Pfizer BioNTech sebelum diterima masuk ke Arab Saudi.

Foto TikTok @ikmalshahfazli
– Foto TikTok @ikmalshahfazli

Ruangan komen akaun TikTok beliau terus dihujani dengan komen-komen kecewa penerima vaksin Sinovac.

“aikk kata Arab Saudi lulus vaksin sinovac..ape nihh.” – shaf2590

“saya sebagai penerima sinovac amat terkilan melihat video ini.” – Nuri Sham

“kalau mcm tu nape tk bg dose pfizer dgn AZ je? mcm menyushkn pulak dh org dh complete 2 dose kot haihh geramm.” – Ct Masziana

“geng sinovac kecewa.” – Azman

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman Facebook rasmi beliau telah berkongsi mengenai penerimaan Sinovac di Arab Saudi.

Baca juga: Arab Saudi Akhirnya Iktiraf Vaksin Sinovac

Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga pernah membuat pengumuman sebelum ini yang menjelaskan bahawa individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm, diterima masuk untuk ke negara itu, dengan syarat dos penggalak yang diiktiraf perlu diberikan.

Tidak lama sebelum itu juga, pada 18 Mac yang lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang lalu, Khairy Jamaluddin yang menjadi penerima suntikan dos vaksin Sinovac pertama di Malaysia pernah membuat pengumuman mengenai keselamatan vaksin tersebut.

Foto Twitter @Khairykj
– Foto Twitter @Khairykj

“Saya hanya ingin mengatakan bahawa vaksin ini adalah selamat. Saya berasa sungguh sihat. Bahasa Cina saya pula ‘tiba-tiba’ menjadi bertambah baik,” kata beliau dalam video berbahasa Cina yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.

Sumber: TikTok @ikmalshahfazli