
Seringkali kita menerima kunjungan ramai tetamu di musim perayaan. Memang kita wajib melayan tetamu dengan menghidangkan pelbagai juadah, aneka kuih-muih dan minuman.
Tetapi, agak hambar juga kalau kita asyik hidangkan minuman yang sama. Macam tidak ikhlas pula, kan? Balik-balik air kordial oren, sirap, sarsi, teh ‘o’ dan teh tarik.
Jom cuba hidangkan tetamu anda dengan 3 jenis teh ini. Gerenti mereka akan tersenyum puas bila pulang nanti.
1) Teh Tarik Cendol
2) Teh Boba
3) Teh Tarik Madu dengan Kunyit
Teh Tarik Cendol

Bahan-bahan: 3 uncang teh, 400ml air panas, 6 sudu besar susu pekat manis, 6 sudu besar susu sejat, 2 sudu besar kacang merah, 2 sudu besar cendol, 1 scoop ais krim perisa Vanilla dan beberapa ketulan ais
Langkah-langkah:
1) Bancuh 3 uncang teh ke dalam 400ml air panas.
2) Tambah dan kacau 6 sudu besar susu pekat manis dan susu sejat sehingga sebati.
3) Masukkan beberapa ketulan ais dan kacau lagi untuk menyejukkan teh.
4) Masukkan 2 sudu besar cendol dan 2 sudu besar kacang merah.
5) Hidangkan di dalam gelas.
6) Tambah satu scoop ais krim Vanilla.
Teh Boba

Bahan-bahan: 2 uncang teh, 100ml air panas, 5 sudu kecil boba (lihat cara menyediakannya di sini), 150ml susu atau krimer dan beberapa ketulan ais
Langkah-langkah:
1) Bancuh 2 uncang teh ke dalam 100ml air panas.
2) Masukkan 150ml susu atau krimer dan kacau sehingga sebati bersama ketulan ais.
3) Tambahkan 5 sudu kecil boba.
Teh Tarik Madu dengan Kunyit

Bahan-bahan: 3 uncang teh, air panas, 4 sudu besar susu pekat, 3 sudu besar madu dan 1 sudu kecil serbuk kunyit
Langkah-langkah:
1) Bancuh 3 uncang teh ke dalam air panas.
2) Tambah dan kacau hingga sebati 4 sudu besar susu pekat, 3 sudu besar madu dan 1 sudu kecil serbuk kunyit
3) Tarik adunan teh ini sehingga berbuih.
Cubalah!
Sumber: Nak Makan Apa?