14 Petua Dan Tip Yang Wajib Diketahui Oleh Setiap Penggemar Durian

Senarai petua dan tip berikut dikongsikan oleh seorang penggemar durian yang menggelarkan dirinya “Peminat Durian Malaysia”.

Budi bicara dan pertimbangan sewajarnya adalah dinasihatkan. Tahap keberkesanan dan kesan sampingan tidak dijamin.

Sila cuba petua dan tip dari penggemar durian berikut atas risiko sendiri, ya?

Petua untuk mengelak badan menjadi panas selepas memakan durian

3 Petua untuk mengelak badan menjadi panas selepas memakan durian

(1) Selepas makan durian, tuangkan air suam atau air mineral ke dalam pangsa durian dan minum airnya.

(2) Makan buah manggis selepas memakan durian juga dikatakan dapat membantu mengeluarkan haba dari dalam badan.

(3) Minum jus belimbing yang dikisar dengan seratnya sekali.

(4) Minum air kelapa selepas makan durian. Air kelapa juga dikatakan dapat mengeluarkan angin dan mengurangkan sendawa selepas memakan durian.

Baca juga: Minum Air Guna Pangsa Durian, Petua Mitos Atau Realiti Saintifik?

Petua menghilangkan bau durian dalam kenderaan

Petua menghilangkan bau durian dalam kenderaan

(5) Belah dua tangkai durian, kemudian selitkan pada jejaring pada alat hawa dingin kenderaan.

(6) Letakkan biji kopi di dalam sebuah bekas dan biarkan ia di dalam kenderaan. Aromanya yang harum dan kuat dapat membantu menghapuskan pelbagai bau yang kurang menyenangkan termasuklah bau durian.

(7) Jika ada bau durian di dalam kenderaan, cuba letakkan beberapa keping roti di dalam kenderaan tersebut dan biarkan selama beberapa hari. Roti dikatakan berupaya untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.

(8) Letak daun pandan di dalam kenderaan dan biarkannya selama beberapa hari. Bau pandan tersebut pasti dapat menghilangkan bau durian.

(9) Letakkan beberapa ketul arang di dalam sebuah bekas dan tinggalkannya di dalam kenderaan yang berbau durian untuk beberapa hari. Arang tersebut akan menyerap bau durian tersebut.

Petua menghilangkan bau durian di tangan

Petua menghilangkan bau durian di tangan

(10) Alirkan air paip pada kulit durian. Basuh tangan anda dari air yang mengalir pada kulit durian tersebut. Memang ajaib! Tangan anda langsung tidak berbau durian lagi.

(11) Isi air di pangsa durian dan gunakan air tersebut untuk membasuh tangan. Cara ini juga boleh menghilangkan bau durian di tangan.

(12) Cuci tangan dengan menggunakan hirisan timun juga dikatakan boleh menghilangkan bau durian di tangan.

Baca juga: 6 Tip Beli Buah Durian Supaya Tidak Ditipu Penjual

Petua menghilangkan bau durian dalam mulut

4 Petua menghilangkan bau durian dalam mulut

(13) Isi air dalam pangsa durian dan gunakan air tersebut untuk berkumur. Dengan cara ini, bau durian dalam mulut akan hilang.

(14) Selepas makan durian, berkumur dengan air tumbuhan sitrus seperti limau, oren atau lemon juga dikatakan dapat menghilangkan bau durian dalam mulut.

Itulah dia petua dan tip buat semua penggemar durian. Semoga bermanfaat!

Sumber: Amir Hassan – Peminat Durian Malaysia