AWAS! Walaupun Sangat Comel Dan Tular Di TikTok, Resipi Ini Boleh Membawa Maut

Tiada sesiapa pun yang menyangka, video pendek yang tular di TikTok ini, walaupun tidak langsung menunjukkan apa-apa ancaman, merupakan satu resipi maut.

Seorang ibu di TikTok telah mendapat lebih dari 12 juta tontonan untuk satu kaedah baru menggoreng telur untuk anak kecilnya.

SETIAP IBU BAPA PERLU MENCUBA INI!“, menurut Alexandra Bewicke yang berkongsi satu resipi baru melalui akaun TikTok miliknya, @thatfalzonfamily.

Bagi sesetengah keluarga, agak sukar untuk memberi makanan yang seimbang untuk anak kecil. Alexandra berpendapat, cara kreatif beliau tersebut mungkin dapat membantu.

Telur beku dipotong
– Foto TikTok

Setiap pagi, anda hanya perlu potong atau hiris telur ini semasa ia masih beku,” kata beliau di dalam video tersebut.

Masukkan hirisan telur tadi terus ke dalam kuali untuk menghasilkan telur goreng bersaiz mini yang sangat comel,” ujarnya lagi.

Telur yang digoreng
– Foto TikTok

Beliau kemudiannya menghidangkan sarapan berkhasiat tersebut kepada anaknya yang kelihatan sungguh ceria dan menggemarinya.

Sarapan anak kecil
– Foto TikTok

Sejak dimuat naik di TikTok pada pertengahan bulan ini, video resipi yang boleh membawa maut tersebut telah menjadi tular.

Namun, menurut golongan profesional dalam bidang keselamatan makanan, menggoreng telur cara kreatif tersebut walaupun nampak comel, adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius.

@thatfalzonfamily

EVERY PARENT NEEDS TO TRY THIS! 👨‍🍳 #minieggs #egghack #toddlermeals @lukefalzon

♬ original sound – Alexandra Bewicke

Baca juga:  5 Resipi Viral Di TikTok Yang Pasti Tak Menyesal Untuk Anda Cuba

Telur merupakan salah satu penyebab keracunan makanan terbesar dan resipi ini sebenarnya tanpa disedari, meningkatkan risiko penyakit bawaan makanan.

Menurut Fox News, Bahagian Pengurusan Makanan dan Dadah Amerika Syarikat atau U.S. Food and Drug Administration (FDA) menegaskan telur tidak sepatutnya dibekukan bersama kulitnya sekali.

Apabila telur membeku, ia akan mengembang dan menyebabkan kulitnya turut merekah atau pecah, yang memungkinkan berlakunya jangkitan bakteria seperti salmonella.

Dipetik dari Fox News, seorang pakar diet dan pemakanan, Sarah Krieger berkata, adalah penting untuk memastikan telur dimasak dengan sempurna.

Adalah lebih sukar bagi telur untuk benar-benar masak sekiranya telur mentah tersebut dibekukan terlebih dahulu berbanding dengan hanya disimpan sahaja di dalam peti sejuk.

Salmonella adalah sejenis bakteria penyebab penyakit berkaitan makanan yang paling kerap dilaporkan di Amerika Syarikat.

Kulit telur yang tidak dibasuh dan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna menjadi faktor terjadinya penyakit akibat salmonella dan ianya juga tidak dapat dilihat, dibau atau dirasai.

Penyakit ini disebut salmonellosis. Ia boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit, demam, dan kekejangan di bahagian perut.

Salmonella jarang membawa maut, tetapi jika bakteria ini memasuki saluran darah, ia boleh mengancam nyawa atau menyebabkan kematian.

Resipi yang tular di TikTok ini boleh membawa maut terutama sekali bagi golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti warga emas, anak-anak kecil, pesakit kanser dan pesakit HIV/AIDS.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit atau Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menganggarkan bahawa di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira 1.35 juta kes salmonellosis direkodkan, dengan 26,500 dimasukkan ke hospital dan 420 maut setiap tahun.

Sumber: EatThis.com