Disney Tawar Pakej Penginapan Di Hotel Star Wars: Galactic Starcruiser Dengan Harga Lebih RM25,000 Untuk 2 Malam

Peminat tegar Star Wars pasti terpesona sekiranya dapat berkunjung dan menginap di hotel Star Wars Galactic: Starcruiser ini.

Sudah tentu untuk meneroka ke alam ‘galaksi jauh pada satu ketika dahulu’ ini tidak murah dan hanya untuk golongan yang mampu sahaja.

Foto Walt Disney World Resort
– Foto Walt Disney World Resort

Walt Disney World baru-baru ini telah mengumumkan bahawa peminat Star Wars bakal menikmati pengalaman percutian ‘baru’ selagi mereka tidak kisah untuk ‘membayar lebih’.

Hotel Star Wars: Galactic Starcruiser yang amat dinanti-nantikan selama ini diumumkan akan dibuka di Orlando pada tahun 2022.

Penginapan untuk seisi keluarga dengan bilangan ahli tidak melebihi 4 orang khabarnya mencecah sehingga AS$6,000 (RM25,413) untuk 3 hari 2 malam.

Manakala bagi keluarga dengan bilangan ahli tidak melebihi 3 orang pula akan dicaj AS$5,299 (RM22,444) untuk penginapan di hotel ini selama 2 malam.

Foto Walt Disney World Resort
– Foto Walt Disney World Resort

Bagi pasangan yang ingin menghabiskan hujung minggu bersama-sama dalam dunia ciptaan George Lucas ini pula boleh memilih pakej penginapan yang bermula dari AS$4,800 (RM20,330).

Harga yang ditawarkan adalah termasuk harga penginapan selama 2 malam di dalam bilik berkonsepkan kabin kapal angkasa, makan dan minum, parkir valet serta tiket masuk ke Disney’s Hollywood Studios.

Baca juga: Walaupun Pandemik COVID-19 Belum Berakhir, ‘Avengers Campus’ Tetap Akan Dibuka Pada 4 Jun Ini

Untuk kepuasan yang lebih (dan caj berganda yang jauh lebih mahal), pengunjung juga boleh memilih untuk tinggal di Galaxy Class Suite atau Grand Captain’s Suites dengan kapasiti dua bilik tidur.

Foto Walt Disney World Resort
– Foto Walt Disney World Resort

Semua 100 kabin dan suite dilengkapi dengan pemandangan ruang angkasa yang luas dan ditemani dengan jutaan bintang.

Pengunjung boleh terlena dan bangun dari tidur sambil melihat kapal, planet dan bintang yang melayang di atas kanvas kosmos.

Di samping itu juga, pengunjung berpeluang untuk bersarapan atau menikmati hidangan makanan eksotik bertemakan Star Wars sambil ditemani dengan watak-watak popularnya.

Beberapa permainan role-play turut disediakan termasuk pertandingan perlumbaan droid dan latihan menggunakan light saber.

Foto Walt Disney World Resort
– Foto Walt Disney World Resort

Pelayaran Star Wars: Galactic Starcruiser yang pertama dijangka akan dilancarkan pada musim bunga 2022 dan Disney bakal mendedahkan lebih banyak lagi perincian mengenainya kelak.

Sumber: TheNational.com