10 Petua Berguna Untuk Diamalkan Ketika Menginap Di Hotel

Berikut merupakan 10 petua yang amat berguna bagi mereka yang sering menginap di hotel untuk mengembara, bercuti atau atas urusan kerja.

1) Gunakan beg plastik di antara penutup botol bahan cecair seperti syampu dan bahan kosmetik untuk mengelakkan berlaku tumpahan di dalam beg.

– Foto FitDib.com

2) Letakkan apa-apa saja jenis kad yang bersaiz lebih kurang sama untuk biarkan lampu dan penghawa dingin sentiasa terpasang ketika berada di luar bilik.

– Foto FitDib.com

3) Nak buka botol minuman tapi tiada alat yang sesuai? Cuba kaedah ini yang menggunakan besi penutup pintu.

– Foto FitDib.com

4) Alat kawalan jauh sebenarnya amat menjijikkan kerana tidak pernah ditukar dan jarang dicuci. Balut dengan beg plastik atau topi mandian plastik yang boleh didapati dari bilik air hotel.

– Foto FitDib.com

5) Satu lagi petua berguna yang boleh diamalkan ketika menginap di hotel ialah dengan menyelitkan sehelai tuala di bawah pintu bilik bagi mengurangkan bunyi bising dari luar atau dari bilik bersebelahan.

– Foto FitDib.com

Baca juga: Disney Tawar Pakej Penginapan Di Hotel Star Wars: Galactic Starcruiser Dengan Harga Lebih RM25,000 Untuk 2 Malam

6) Topi mandian plastik dari bilik air hotel turut boleh digunakan untuk membalut kasut yang kotor yang ingin dimuatkan di dalam beg bersama pakaian yang masih bersih.

– Foto FitDib.com

7) Bagi mereka yang selalu ke luar negara, pastikan sentiasa membawa penyesuai palam bahan elektrik untuk digunakan di soket bilik hotel yang berbeza-beza mengikut negara.

– Foto FitDib.com

8) Gosokkan sabun buku pada cermin di bilik air hotel dan kesatkannya dengan kain kering untuk mengelakkan cermin tersebut menjadi berwap ketika sedang mandi. Boleh juga dilakukan di rumah.

– Foto FitDib.com

9) Sekiranya anda risau barang-barang berharga anda hilang atau anda tidak mahu pekerja hotel datang membersihkan bilik anda, sentiasa letakkan tanda ‘Jangan Ganggu’ (Do Not Disturb) di tombol pintu. Dengan cara ini, orang akan menganggap anda sedang berada di dalam bilik dan tidak berani masuk.

– Foto FitDib.com

10) Petua yang paling berguna ketika menginap di hotel tetapi sering tidak diamalkan ialah sentiasa menggunakan Wi-Fi hotel dengan mengaktifkan sekali perisian anti virus beserta firewall di peranti anda agar dilindungi dari ancaman siber.

– Foto FitDib.com

Sumber: FitDib.com