Senarai 10 Kedai Kek, Roti Dan Pastri Yang Paling ‘Top’ Di Selangor

Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan oleh penduduk di sekitar Lembah Klang untuk mencari kedai kek, roti dan pastri yang sedap di Selangor.

1) Andra by Gula Cakery, Eco Ardence, Setia Alam

Foto Andra By Gula Cakery by andrabygulacakery @ IG
– Foto Andra By Gula Cakery by andrabygulacakery @ IG

Selain dari menawarkan keenakan kek dan pastri, kedai ini turut mempunyai hiasan dalaman yang cantik. Turut boleh didapati di sini ialah spaghetti bolognese, aglio olio dan lasagna.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.gulacakery.com atau hubungi 010-2164284.

2) TK Bakery, Bandar Bukit Tinggi, Klang

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan menjual dim sum, kini pemiliknya telah mempunyai 8 cawangan. Yang paling disukai pelanggan di sini ialah kuih tart telur.

Untuk maklumat lanjut, layari https://tk2you.com atau hubungi 03-8959 2923.

3) Universal Bakehouse, Damansara Kim, Petaling Jaya

Foto Universal Bakehouse by squarepad @ IG
– Foto Universal Bakehouse by squarepad @ IG

Salah satu kedai kek, roti dan pastri yang popular di Selangor, kedai ini menawarkan roti sourdough gergasi, brownies bebas-gluten, puff krim, scones dan beraneka jenis kopi dan juga Kombucha.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.universalbakehouse.my atau hubungi 011-3332 7581.

4) Kobo Bakery, Shah Alam

Roti yang dihasilkan di sini menggunakan teknik istimewa yang dipelajari dari pakar dan konsultan roti terkemuka dari Taiwan. Cawangan lain terdapat di Taipan dan Ara Damansara. Kedai ini turut mempunyai aplikasi telefon pintarnya sendiri.

Untuk maklumat lanjut, layari https://kobobakery.com atau hubungi 03-8066 0878.

5) Marc Et Farid, Telok Panglima Garang

Foto Marc Et Farid by Siti Syairah Fakhruddin @ FB
– Foto Marc Et Farid by Siti Syairah Fakhruddin @ FB

Memiliki keistimewaan yang tersendiri dalam menyediakan pastri berorientasikan negara Perancis seperti kek dan tart lemon, tart coklat praline dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 012-575 8048.

Baca juga: KL Antara 10 Bandar Paling ‘Instagrammable’ Di Dunia Bagi Kategori Makanan Dan Pemandangan

6) Selaseh Dua by Cik Kiah, Gombak

Foto Selaseh Dua by cikkiah @ IG
– Foto Selaseh Dua by cikkiah @ IG

Mula dibuka sejak 2019, kedai roti ini mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat setempat tidak mengira umur. Ianya juga lebih dikenali sebagai sebuah kedai roti berbanding kafe.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 011-1212 9101.

7) Sugar and I, Subang Jaya

Foto Sugar And I by jumbokit @ IG
– Foto Sugar And I by jumbokit @ IG

Kedai ini pula berorientasikan negara Itali. Paling popular di sini ialah bomboloni, sejenis donut yang berasal dari Itali. Terdapat beberapa perisa seperti strawberi, Nutella dan biskut Lotus Biscoff.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 011-1142 2597.

8) FASO Patisserie, Setia Alam

Satu lagi kedai kek, roti dan pastri yang popular di Setia Alam, Selangor. Kedai ini juga menawarkan beraneka jenis roti Perancis seperti souffles mousses dan eclairs coklat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-486 1231.

9) Der Backmeister, Ampang

Ini pula kedai yang berorientasikan negara Jerman. Datanglah ke sini untuk mencuba Bavarian Spelt, Vanille Hörnchen, Baguette, Kirschtasche (Danish Cherry), Croissants dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.derbackmeister.com atau hubungi 03-4265 0222.

10) Dou Dou Bake, Petaling Jaya

Baru saja dibuka pada tahun 2020, kedai roti ini sering menerima kunjungan orang ramai yang menggemari beraneka jenis pastri yang ditawarkan seperti sourdough, croissant, croque, pain au dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.doudoubake.com atau hubungi 011-6963 5817.

Sumber: Selangor.Travel