Anda Kini Boleh ‘Camping’ Dalam Sunway Lagoon

Berita baik buat warga kota yang suka camping atau berkhemah bersama si Nopal keluarga kerana sekarang anda boleh melakukan aktiviti tersebut dalam taman tema Sunway Lagoon.

Bagi mereka yang tidak gemar menghabiskan masa yang terlalu lama di atas jalan raya dan menghadap kesesakan trafik, sekarang anda dah tak perlu pergi jauh-jauh.

Nak camping di tengah-tengah bandar pun dah boleh kerana sekarang ini, ada disediakan tempat untuk berbuat demikian dalam Sunway Lagoon.

Foto Travelog.com
– Foto Travelog.com

Buat pertama kalinya, Sunway Lagoon telah memperkenalkan ‘Camp Out! @Sunway Lagoon’ yang mengajak pengunjung untuk bercuti dan berkhemah di dalam taman tema tersebut.

Baca juga: Dua Taman Tema Air Malaysia Tersenarai Dalam ‘Ranking’ Terbaik Dunia

Bukan camping biasa-biasa je tau? Siap ada private pool disediakan untuk mereka yang berkhemah di sini. Sudah tentu, tiket untuk masuk ke taman tema turut akan disertakan bersama.

Diskaun sebanyak 10% turut ditawarkan untuk sebarang aktiviti Pay-Per-Ride seperti Bungy Jump, G-Force X & Go-Kart serta untuk menyewa locker dan tube.

Foto Travelog.com
– Foto Travelog.com

Nak best lagI? Semua peralatan berkhemah disediakan. Kalau nak datang melenggang sehelai sepinggang je pun boleh.

Tuala mandi dan barang keperluan di dalam khemah turut disediakan. Termasuklah air minuman dan penyaman udara. Fuh! Dah macam penginapan di hotel pulak.

Foto Travelog.com
– Foto Travelog.com

Kalau lapar nak keluar pergi memburu binatang di dalam zoo tu memanglah tidak dibenarkan. Nak memancing ikan pun, agak-agak jugalah ya?

Tapi, jangan risau. Sarapan pagi disediakan. Makan malam pun akan ditemani oleh chef yang menyediakan hidangan BBQ.

Setiap khemah disediakan tempat untuk grill BBQ sendiri. Chef akan menyediakan coleslaw dan sup cendawan bersama-sama dengan ayam, ikan dan udang yang telah siap diperap.

Foto Travelog.com
– Foto Travelog.com

Pakej camping 2 hari 1 malam di Sunway Lagoon ini bermula dari RM498 untuk seorang dan RM598 jika berpasangan.

Kalau menggunakan Annual Passport Sunway Lagoon, harga masing-masing menjadi lebih murah iaitu RM318 dan RM418 sahaja.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini sehingga 31 Disember 2021. Waktu untuk berkhemah pula adalah pada setiap hari Rabu sehingga Ahad sahaja.

Pengunjung dibenarkan untuk check-in bermula jam 2 petang manakala waktu untuk check out pula ialah jam 12 tengah hari.

Foto Travelog.com
– Foto Travelog.com

Mereka yang dah lama nak bercuti tapi malas nak pergi jauh-jauh tu, bolehlah ambil peluang ni dan merancang untuk camping dalam Sunway Lagoon dengan Bahenol anak-anak.

Sumber: Travelog.com