Domino’s Tawar Bukan 1, Tapi 2 Piza Bersaiz Sederhana Pada Harga Serendah RM19 Sahaja!

Diskaun hebat dari Domino’s Pizza kini kembali dengan kempen #SamaSamaJaga yang menawarkan 2 piza bersaiz sederhana pada harga RM19 sahaja!

Lebih menarik, tawaran Domino’s Pizza yang menawarkan 2 piza sederhana pada harga RM19 tersebut adalah untuk semua perisa piza yang terdapat di menu.

Wow! Memang sangat berbaloilah kalau piza bersaiz sederhana (Regular) dari Domino’s yang boleh dimakan oleh 3 hingga 4 orang ni hanya RM19 je, kan?

Tak cukup? Nak besar lagi pun boleh. Untuk kempen #SamaSamaJaga ini, Domino’s turut menawarkan 2 piza bersaiz besar (Large) yang boleh dimakan oleh 6 hingga 7 orang pada harga RM39 sahaja.

Nak lagi besar? Piza saiz ekstra besar (Extra Large) pun ada. Murah je. Harga promosi yang ditawarkan hanya RM49. Besar sehingga boleh dimakan oleh 10 orang!

Lagi besar? Maaf, ya. Setakat itu sahaja tawaran saiz piza dalam kempen #SamaSamaJaga untuk kali ini. Tidak ada saiz yang lagi besar dah.

Tapi, kalau nak pencuci mulut, 1 Blueberry Cheesecake atau 1 kek Chocolate Lava boleh dipadankan dengan 1 Banana Kaya juga pada harga RM19 sahaja.

Baca juga: Tidak Menggunakan Daging, IKEA Malaysia Perkenalkan Burger Dan Makanan Berasaskan Tumbuhan

Kempen ini merupakan lanjutan dari Kempen Vaksin Domino’s Pizza yang telah diadakan pada 15 Julai yang lalu bagi menyokong Program Vaksinasi Kebangsaan.

Kempen tersebut berjaya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin sambil menikmati tawaran hebat harga piza.

Kempen Vaksin Domino’s Pizza tersebut juga mendapat reaksi positif dan sambutan yang amat menggalakkan serta di luar jangkaan.

Untuk perbandingan, keseluruhan piza yang terjual sepanjang kempen tersebut berlangsung adalah 93 kali ganda tinggi Menara Berkembar Petronas!

Jumlah pelanggan yang berjaya disajikan dengan piza pada masa tersebut pula adalah bersamaan dengan seramai 19 kali ganda kapasiti Stadium Merdeka!

Foto Domino’s Pizza Malaysia
– Foto Domino’s Pizza Malaysia

Untuk kempen #SamaSamaJaga kali ini, tawaran diskaun hebat dengan penjimatan sehingga 70% ini diberikan bukan sahaja untuk mereka yang telah divaksin, tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

Tapi, tawaran hanya sah untuk pesanan bawa pulang sahaja. Pelanggan boleh kunjungi mana-mana restoran berdekatan, buat pesanan atas talian atau hubungi hotline di 1800-888-333.

Untuk pesanan atas talian di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih, sila pilih ‘Take Away/Carryout’ dan pilih restoran berdekatan untuk pengambilan piza.

Tekan di tab ‘Promos & Coupons’ dan masukkan kod kupon piza berikut untuk mendapatkan piza pada harga promosi:

  • 2 piza bersaiz sederhana RM19 (3-4 orang): MEGA19R
  • 2 piza bersaiz besar RM39 (6-7 orang): MEGA19L
  • 2 piza bersaiz ekstra besar RM49 (9-10 orang): MEGA19XL

Untuk proses pengambilan piza anda yang lebih mudah dan cepat, pelanggan disarankan juga untuk menggunakan perkhidmatan ‘Pandu Ambil’ atau ‘Potong-Q’ yang disediakan.

Sumber: Domino’s Pizza Malaysia