
Terdapat pelbagai cara unik dan ‘terlampau kreatif’ yang digunakan oleh restoran di seluruh dunia untuk menghias dan menghidang makanan kepada pelanggan.
Memang ada yang diakui hebat menghias makanan, namun tidak kurang juga yang agak melampau sehingga mampu membuatkan pelanggan ‘putus selera’.
Baca juga: 20 Foto Menarik Dan Pelik Yang Hanya Boleh Dilihat Di Dubai, Nombor 10 Akan Membuatkan Anda ‘Pecah Perut’
Jom ikuti senarai 43 restoran yang terlampau kreatif dengan makanan yang dihidangkan.
1) Mesti pelanggan ‘terkedu’ melihat entah bulu bintang apa yang digunakan tersebut.

2) Ini merupakan cara paling bijak tak perlu basuh pinggan ketika krisis bekalan air.

3) Nampak macam benda yang tak sepatutnya dimakan yang dihidangkan pakai penyodok.

4) Tak pasti bantal ini boleh dimakan atau tidak.

5) Lagi langkah bijak untuk jimat pinggan. Pakai iPad pun boleh. Lepas makan terus keluar bil.

6) Mungkin restoran ini berada di kawasan perladangan atau kampung koboi.

7) Sesuai untuk golongan ‘hipster’, penggemar sukan ekstrim serta pemain ‘skate board’.

8) Terlalu comel untuk dimakan.

9) Mungkin bagi menggambarkan roti tersebut segar serta baru keluar dari ‘toaster’.

10) Walaupun bukan betul-betul punya, tapi masih nampak merbahaya. Percuma rumput kering.

11) Ini mampu membuatkan pelanggan rasa bersalah selepas makan ikan.

12) Macam kain di ampaian dan penyidai pun ada.

13) Nampak macam tulang betul. Mungkin tidak.

14) Pelayan dah pesan siap-siap, batu tu hanya hiasan semata-mata dan tidak boleh dimakan.

15) Entah nombor ‘plate’ siapa yang kena rembat ni.

16) Kalau tak sedap, boleh digunakan untuk mengamuk.

17) Mungkin untuk tujuan menambah aroma.

18) Dihidangkan supaya pelanggan boleh terus menjilat dari atas tangan sendiri.

19) Walaupun biasa-biasa sahaja, tapi nampak lebih sedap jika dihidangkan seperti pokok macam ni.

20) Telur hangit yang dihidangkan bersama kualinya sekali bagi membuka lagi selera.

21) Sama seperti ‘tiles’ yang digunakan di tandas restoran. Serius.

22) Spageti yang dihidangkan dalam kon roti.

23) Udang yang dihidangkan bersama tin bir kosong.

24) Leleh yang melampau.

25) Puding dalam pasu.

26) Tak perlu cuci pinggan, tapi kena basuh kain.

27) French fries dalam tiub pneumatic.

28) Tempat kek yang dibuat jadi mangkuk tingkat.

29) Nasi goreng atas penyodok.

30) Lagi contoh sayur-sayuran yang dijadikan macam pokok.

31) Tuna yang dihidangkan di atas gelas yang diterbalikkan. Sikit lagi nak jatuh.

32) Sesetengah orang mungkin lebih berselera makan kalau melihat telefon dulu.

33) Entah berapa kali dah buluh ni pernah digunakan sebelum ini. Nampak kurang bersih.

34) Perangkap tikus untuk hidangan keju? Agak-agak lah.

35) Coklat yang dihidangkan bersama batu-batu kecil di bawahnya. Ya, betul. Batu.

36) Yang ini bukan bantal betul. Tapi, masih boleh ‘bikin panas’.

37) Yeah! Untuk ‘rockers’ di luar sana.

38) Semua orang terdiam dan hanya mampu melihat.

39) Kotak misteri yang boleh disorok makanan di dalamnya.

40) Lubang untuk meleleh.

41) Bingkai gambar pun jadi.

42) Kenapa? Tulang ikan? Tolong jelaskan. Kenapa???

43) Sesuai untuk main ‘doktor-doktor’.

Rasanya, selamat untuk dikatakan bahawa semua restoran yang terlampau kreatif menghias dan menghidang makanan di atas bukanlah restoran yang terdapat di negara kita.
Kalau tidak, pasti teruk kena ‘bahan’ dengan netizen Malaysia.
Sumber: BuzzFeed