6 Cara Mudah Untuk Bezakan Di Antara Restoran Mamak India Muslim Dengan Restoran India Hindu

Rakyat Malaysia dan restoran mamak atau India Muslim memang sinonim dan menjadi satu lambang perpaduan masyarakat majmuk dan berbilang bangsa sejak dari dulu lagi.

Di sinilah tempat yang sering dijadikan titik pertemuan ahli keluarga serta rakan-rakan untuk menjamu selera, melepak atau sekadar suka-suka untuk bersosial dan beramah mesra.

Di restoran mamak atau India Muslim ini jugalah rakyat Malaysia mula menyedari keunikan hidangan trademark seperti kari kepala ikan, roti canai, teh tarik dan sebagainya.

Namun, rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam wajib menitik beratkan soal makanan yang bersih dan halal serta patuh syariah.

Melalui satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Afyan Mat Rawi telah membariskan 6 tip berguna untuk membezakan di antara restoran mamak India Muslim dengan restoran India Hindu.

Ikuti panduan umum yang telah beliau kongsikan berikut:

1) Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali. Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.

Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.

Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.

Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.

Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak.

Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.

Jangan risau, ada cara lain.

Foto Facebook @afyan.ifp
– Foto Facebook @afyan.ifp

2) Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.

Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.

Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.

3) Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”.

Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.

Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan “test” cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.

Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan “test” ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.

Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.

Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.

Baca juga: Restoran Mamak Makin Berani: Guna Tangkal, Azimat Sebagai Pelaris

4) Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.

Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.

5) Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya.

Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

6) Boleh juga semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA). Klik https://www.presma.com.my/info/senarai-ahli/

Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran Mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara. Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran Mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.

Foto Facebook @afyan.ifp
– Foto Facebook @afyan.ifp

Terima kasih, Afyan Mat Rawi atas perkongsian berguna. Untuk membaca posting penuh beliau, sila kunjungi laman Facebook @afyan.ifp

Sumber: Facebook Afyan Mat Rawi, IFP