Berwarna Hitam Dan Lebih Panjang, IKEA Perkenalkan Sosej Ayam Arang

Satu kejutan telah dibuat oleh IKEA Malaysia awal bulan ini yang telah memperkenalkan menu baharu iaitu Sosej Ayam Arang.

Bermula 1 November 2021, IKEA menawarkan Charcoal Chicken Sausage atau Sosej Ayam Arang yang berwarna hitam pekat seperti arang.

Bukan sahaja daging sosej ayam tersebut yang berwarna hitam, malam roti ban yang digunakannnya juga turut berwarna hitam.

Menurut portal Mothership.sg, sosej atau hot dog ayam berwarna seperti arang tersebut turut dilancarkan di IKEA Singapura dan dijual untuk sepanjang bulan November.

1 – Foto Facebook @IKEACherasFanClub
– Foto Facebook @IKEACherasFanClub

Bertentangan dengan tanggapan umum mengenai bahasa dan budaya negara-negara Nordic, sosej ini tidak pula diberikan nama sebagai schlongwilliedöng.

Menurut portal tersebut lagi, panjang sosej tersebut juga adalah lebih panjang dari sosej biasa iaitu lebih kurang panjang muka atau kepala seseorang dan boleh dipegang menggunakan kedua-dua belah tangan.

Baca juga: Tidak Menggunakan Daging, IKEA Malaysia Perkenalkan Burger Dan Makanan Berasaskan Tumbuhan

Meskipun begitu, percubaan untuk memakan sosej ini dengan memasukkannya sekali gus terus ke dalam mulut memang agak mustahil.

Agak janggal juga sekiranya sosej hitam ini dimakan dengan hanya menggunakan sebelah tangan sambil berjalan di khalayak ramai tanpa ada mata yang memerhati dengan serong.

4 – Foto Mothership.sg
– Foto Mothership.sg

Beberapa pengguna media sosial TikTok turut memuat naik gambar mereka sedang menikmati ‘kegelapan’ sosej terbaru IKEA ini.

Bagaimana pula dengan rasanya? Menurut beberapa perkongsian di internet, rata-rata yang telah mencuba hot dog ini mendakwa rasanya sama saja macam sosej biasa.

Tidak ada pula yang mendakwa rasa sosej ini macam kayu arang atau rasa hangit seperti daging ayam yang telah lama terbakar.

Foto Mothership.sg
– Foto Mothership.sg

Namun, dicelah-celah gigitan daging sosej ayam tersebut, dari gambar keratan rentas yang diambil, ada yang mendakwa terdapat juga cecair keju di dalamnya.

Oleh kerana cecair keju tersebut turut gelap seperti roti dan daging sosejnya, gambar tersebut hanya nampak warna hitam semata-mata dan dakwaan ini tidak dapat untuk dibuktikan.

Selain dari sosej berwarna hitam, IKEA turut melancarkan Aiskrim Arang Karamel yang turut berwarna hitam pekat, likat dan memikat.

Bukan sahaja aiskrim tersebut yang berwarna hitam, malam kon yang digunakan juga turut berwarna hitam seperti arang.

Oleh kerana warna hitamnya yang istimewa, harga sosej dan aiskrim ini juga lebih mahal dari harga sosej dan aiskrim biasa.

Foto IKEA Malaysia
– Foto IKEA Malaysia

Jika harga hot dog dan aiskrim soya biasa ialah RM2.00 dan RM0.90, harga untuk menu terbaharu dari IKEA ini pula ialah RM3.90 dan RM1.90 masing-masing.

Hidangan kombo turut ditawarkan untuk mereka yang teruja untuk merasai kedua-dua hidangan baharu tersebut iaitu hanya RM5.50 sahaja bagi set Sosej Ayam Arang dan Aiskrim Arang Karamel.

Foto Facebook @IKEACherasFanClub
– Foto Facebook @IKEACherasFanClub

Tinjauan di laman Facebook IKEACherasFanClub mendapati ramai yang telah mencuba menu baru ini yang boleh didapati untuk masa terhad sehingga 31 Disember 2021 ini sahaja.

Sumber: Mothership.sg, Facebook IKEACherasFanClub, IKEA Malaysia Bistro