Maaf! 5 Lokasi Ini Khas Untuk Lelaki Sahaja, Perempuan Tak Dibenarkan Masuk

Terdapat beberapa lokasi di dunia yang hanya membenarkan kaum lelaki sahaja untuk menjejakinya, manakala perempuan tak dibenarkan masuk langsung.

Bukan! Bukan tandas lelaki. Kalau tandas lelaki, semua orang dah tahu memang perempuan tak dibenarkan masuk pun. Jangan cari pasal pula, ya?

Lokasi yang dimaksudkan ialah beberapa tempat yang masih berpegang teguh kepada pantang larang dan adat tradisi serta mengikut kepercayaan tertentu.

Baca juga: Lokasi Penggambaran Paling Popular Dan Ikonik Di New York

Agak merepek dan tidak masuk akal, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sejak dari dulu ketika masih lagi terdapat perbezaan layanan yang ketara di antara lelaki dan wanita.

Golongan feminis dan aktivis wanita diharap bertenang. Jom layan dulu 5 lokasi di dunia yang perempuan tak dibenarkan masuk.

1) Lorong Herbertstrasse, Jerman

Foto mStar
– Foto mStar

Lokasi bersejarah ini menjadi tumpuan untuk kaum lelaki mendapatkan perkhidmatan seks kerana ia merupakan salah satu kawasan kegiatan pelacuran yang popular.

Tidak berapa lama dahulu, kerajaan Nazi pernah mendirikan pagar di sini bagi menyembunyikan kegiatan maksiat, tidak bermoral dan rosak akhlak ini.

Banyak kali juga pagar di Lorong Herbertstrasse ini diruntuhkan oleh gerakan-gerakan aktivis yang cuba menghalang penindasan dan pengeksploitasian terhadap golongan wanita.

Namun, pagar ini masih juga didirikan semula (dipercayai oleh kaum lelaki).

2) Kuil Shabarimala, India

Foto mStar
– Foto mStar

Kuil Hindu ini terletak di Kerala, India dan menjadi zon larangan untuk wanita yang sedang dalam proses ovulasi sejak tahun 1991.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2018, larangan tersebut telah dipersoalkan oleh pertubuhan hak asasi manusia.

Hasilnya, bahagian perundangan dan mahkamah di India terpaksa mengisytiharkan bahawa semua penganut Hindu harus dibenarkan memasuki kuil tersebut tanpa mengira jantina.

Lewat tahun 2019, kerajaan Kerala pula mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan bahawa mereka masih melarang mana-mana wanita daripada memasuki Kuil Shabarimala.

3) Pulau Okinoshima, Jepun

Foto mStar
– Foto mStar

Pulau Okinoshima merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO dan dianggap sebagai satu tempat suci oleh masyarakat Jepun.

Selain dari melarang wanita untuk memasukinya, pulau tersebut juga hanya membenarkan 200 orang sahaja untuk menjejakinya pada 27 Mei setiap tahun.

Ini bagi memperingati ulangtahun peperangan yang berlaku berhampiran dengan pulau tersebut melalui beberapa upacara.

Salah satu dari aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut ialah upacara berendam beramai-ramai di tepian pantai yang wajib disertai oleh semua lelaki yang hadir pada hari itu.

4) Gunung Omine, Jepun

Foto mStar
– Foto mStar

Lagi satu di Jepun, Gunung Omine merupakan tempat ibadat utama Shugendo, satu agama purba etnik minoriti di Jepun.

Hanya kaum lelaki yang dibenarkan untuk mendaki gunung ini bagi menjejakkan kaki ke dalam sebuah kuil yang dibina di atas gunung ini sejak 1,300 tahun yang lalu.

Tiada kontroversi yang dicetuskan oleh kaum wanita (setakat ini).

5) Pergunungan Athos, Greece

Foto mStar
– Foto mStar

Di kawasan pergunungan ini, sejak lebih 1,000 tahun yang lalu, hanya dibuka untuk dijadikan pusat latihan sami Ortodoks Kristian.

Mereka menganggap hanya Virgin Mary yang berhak menjadi satu-satunya wanita yang menjejakkan kaki di ‘Agion Oros’, yang bermaksud gunung suci yang menjadi kawasan larangan buat wanita.

Wanita tidak dibenarkan langsung walaupun untuk menghampiri 500 meter darinya. Malah, haiwan betina pun turut dilarang menjejakkan kaki! Serius.

Sumber: mStar