
Bagi mereka yang ingin bercuti atau mengunjungi negara Jepun, ikuti dulu 20 fakta menarik dan adakalanya amat pelik mengenai negara Jepun di bawah ini:

1) Terdapat lebih 6,000 kepulauan di Jepun yang keseluruhan jaraknya menjangkau lebih 2,400km. Jaraknya yang amat jauh dari utara ke selatan ini memberikan keunikan cuaca di Jepun seperti salji tebal di Hokkaido dan pantai dengan air yang biru dan jernih di Okinawa.
2) Hampir 38 juta penduduk yang tinggal di Tokyo menjadikannya bandar dengan populasi tertinggi di dunia. Tetapi, berbanding dengan bandar raya lain yang sering gamat dengan hiruk-pikuk warga kota, kebanyakan jalan raya di Jepun masih lagi tidak hingar mahupun bising.

3) Kadar jenayah di Jepun sangat rendah dan negara ini merupakan salah satu negara dengan Indeks Keamanan Global tertinggi di dunia setiap tahun.
4) Menurut CIA.gov, orang Jepun berada di kedudukan ke-4 di bawah Monaco, Singapura dan Macau dalam senarai penduduk dengan jangka hayat tertinggi di dunia iaitu pada purata umur 84.5 tahun.
5) Pada 2 Januari 2021, Kane Tanaka dari Fukuoka menjadi manusia paling lama hidup di dunia iaitu pada usia 118 tahun.

6) Fakta mengenai Jepun yang satu ni memang sangat menarik. Kadar kelahiran bayi yang rendah di Jepun menyaksikan jualan lampin pakai buang dewasa yang lebih tinggi dari lampin bayi.
7) Orang Jepun suka makanan yang tidak diproses serta dalam kuantiti yang sikit. Mereka hanya banyak makan nasi dan ikan. Secara purata, mereka makan 85 gram ikan sehari.
8) Adalah menjadi tradisi bagi mereka yang beragama Kristian iaitu lebih kurang 1% dari penduduk Jepun menyambut malam Krismas di KFC.

9) Selain dari ikan mentah seperti sushi dan sashimi, orang Jepun juga suka makan daging lembu mentah serta daging kuda mentah yang diberi nama bashari.
10) Menghirup sup dan hidangan mi sehingga mengeluarkan bunyi slurp yang kuat dianggap biasa dan sopan kerana seseorang itu dikatakan sedang lebih menikmati aroma sup dan keenakan rasa mi dengan cara tersebut.
Baca juga: Keunikan Shibuya Crossing Di Tokyo Yang Ramai Tidak Tahu
11) Secara purata, terdapat satu mesin layan diri atau vending machine untuk setiap 23 penduduk di Jepun. Nilai tertinggi di dunia ini menyaksikan bermacam-macam benda yang dijual termasuklah dari gajet elektronik sehinggalah ke pakaian dalam.
12) Restoran di Jepun banyak menggunakan replika makanan palsu untuk pameran menu yang kelihatan seakan-akan makanan sebenar. Industri ini sahaja bernilai RM382 juta.

13) Satu lagi fakta menarik mengenai Jepun. Tembikai berbentuk empat segi memang menjadi kegilaan di Jepun. Harganya sebiji boleh mencecah RM382 sebiji.

14) Melelapkan mata sebentar ketika sedang dalam waktu kerja menunjukkan seseorang itu amat berdedikasi dan amat kuat bekerja. Fakta ini amat diragui.
15) Etika memakai kasut dan selipar amat penting. Selipar tidak dipakai di dalam rumah dan selipar berbeza digunakan ketika di tandas.
16) Kanak-kanak sekolah dididik supaya sentiasa menjaga kebersihan dan membersihkan sendiri kawasan sekolah. Terdapat sekolah yang tidak memerlukan langsung khidmat tukang sapu atau pencuci.
17) Tandas di Jepun memang canggih. Selain boleh pancut air depan dan belakang, ada juga yang mempunyai sistem pemanas untuk mangkuk tandas, kipas terbina dalam serta lengkap dengan alunan muzik.

18) Terdapat acara tahunan yang disambut setiap tahun dan diberi nama Festival Kanamara Masuri atau Festival Kemaluan Lelaki. Disambut setiap tahun dengan mengusung replika gergasi kemaluan lelaki beramai-ramai di tengah-tengah jalan demi kepercayaan untuk kesuburan, keharmonian rumah tangga serta perniagaan yang lebih maju.

19) Di Jepun juga terdapat kafe yang menawarkan khidmat profesional peluk atau cuddle mengikut minit atau jam. Juga terdapat kafe yang menawarkan khidmat orang gaji atau maid semata-mata untuk pelanggan bergambar atau merasa dilayan seperti raja.
20) Masih terdapat stigma mengenai tatu di Jepun. Mereka yang mempunyai tatu sering dianggap jahat atau merupakan seorang anggota yakuza. Disebabkan itu, masih banyak kemudahan awam seperti kolam renang, kolam air panas, pantai dan gimnasium melarang mereka yang bertatu masuk.
Sumber: BuzzFeed