Sahut Cabaran ‘Sotong Game Challenge’ Untuk Menangi iPhone 13 Dan Thermomix TM6!

Peminat siri Netflix, Squid Game di Malaysia kini berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman mengharungi cabaran yang seakan-akan sama yang diberi nama Sotong Game Challenge.

Jangan risau. Tiada sesiapa pun yang akan ditembak mati sekiranya kalah, terkeluar atau tidak dapat meneruskan cabaran dalam Sotong Game Challenge ini.

Cabaran yang dibuka kepada orang ramai ini bertempat di Discovery Park yang merupakan satu tarikan terbaru Bandar Gamuda Cove yang terletak di Banting, Selangor.

Peserta boleh merasai sendiri pengalaman bermain ‘Ddakji’, ‘Red Light Green Light’, ‘Honeycomb Challenge’, ‘Marble Game’ dan bermacam-macam lagi.

Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di https://bit.ly/GC-Sotong-Game untuk menyertai cabaran ini yang diadakan pada hujung minggu 4-5 Disember 2021 serta 11-12 Disember 2021 mulai jam 9 pagi hingga 6 petang.

Foto Facebook @gamudacove
– Foto Facebook @gamudacove

Kalau saja-saja datang nak cuba main Sotong Game Challenge ni pun boleh. Tak perlu masuk atau sertai pertandingan kerana terdapat 3 cabaran lain yang turut disediakan secara percuma untuk pengunjung.

Tempat adalah terhad. 5 ahli diperlukan (18 tahun ke atas sahaja) untuk setiap kumpulan. Cepat kalau nak menang iPhone (untuk setiap orang) serta cabutan bertuah yang merupakan dapur serbaguna Thermomix TM6. Tak perlu tunggu jadi peserta nombor 456! Tertakluk pada terma dan syarat.

Baca juga: Resipi Dalgona Candy ‘Squid Game’ Hanya Menggunakan 2 Bahan

Untuk sampai ke Discovery Park yang terletak di Bandar Gamuda Cove ini, pengunjung hanya perlu menggunakan Lebuh Raya Elite dan keluar di Exit 607A.

Discovery Park dibuka setiap hari (kecuali Selasa) mulai jam 11 pagi hingga 8 malam dan tiada bayaran masuk yang dikenakan.

Pengunjung hanya perlu membayar untuk bermain atau menggunakan tarikan yang ditawarkan di Discovery Park secara ‘pay-per-ride’.

Antara tarikan yang menarik di Discovey Park ialah ArcHIVE Food Hall, Beach Pool Club dan Paya Indah Discovery Wetlands.

Penggemar aktiviti lasak pasti tidak mahu ketinggalan untuk mencuba Goosebumps Ropes Course, Blastacars Drift Kart, Motomaniac Dirt Bikes dan ATV.

Pengunjung turut boleh menyewa basikal Cykel & Cyclist atau skuter elektrik Rush untuk beriadah bersama keluarga di Interactive Bicycle Trail.

Jangan ketinggalan pula untuk mencuba aktiviti paling ‘instagrammable’ di Cove Aerobar iaitu menjamu selera pada ketinggian 35 meter dari paras laut sambil menikmati pemandangan berputar 360 darjah dengan kaki terjuntai ke bawah!

Foto DiscoveryPark
– Foto DiscoveryPark

Sesiapa yang nak cuba cabaran Sotong Game Challenge ni, perhati sikit kalau-kalau ada seorang pakcik tua yang turut serta, singkirkan dia cepat-cepat tau?

Untuk maklumat lanjut, hubungi 012-663 0155 atau e-mel [email protected]

Sumber: DiscoveryPark