Makan ‘Prosperity’, Dapat ‘X70’, Kini Hanya Di ‘McD’

Prosperity Burger kegemaran ramai kini kembali lagi di McDonald’s (McD) dan pelanggan juga turut berpeluang untuk memenangi sebuah Proton X70!

Wow! Makan Prosperity Burger di McD pun boleh dapat sebuah kereta Proton X70 yang bernilai RM100 ribu? Menarik bunyinya, kan?

Mudah saja caranya untuk menyertai peraduan Gifts of Prosperity yang menawarkan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM1,888,888 dari McD ini.

Bermula dari 2 Disember 2021 sehingga 5 Januari 2022, pelanggan hanya perlu ‘imbas dan menang’ untuk memenangi banyak hadiah menarik yang ditawarkan.

Setiap penyertaan yang dihantar berpeluang untuk memenangi satu Hadiah Sagu Hati dan penyertaan terbanyak pula berpeluang memenangi Hadiah Utama sebuah X70.

Hadiah Sagu Hati yang ditawarkan berupa e-Baucar percuma Kon Sundae, Latte Ais, McChicken, Pai Epal, Prosperity Burger ala carte (diskaun 20%) dan baucar tunai (bernilai RM50, RM100 dan RM200).

Paling best ialah tiada had untuk memenangi Hadiah Sagu Hati. Pelanggan boleh menerima berapa banyak Hadiah Sagu Hati pun tak kisah selagi penyertaan yang dihantar adalah sah.

Baca juga: Sekurang-Kurangnya Makan Seminggu Sekali, Ini Hidangan McDonald’s Paling Digemari Adele

Pelanggan hanya perlu membeli sekurang-kurangnya satu Prosperity Burger Ayam atau Daging (Single/Double/Triple/Ala Carte/Set Meal) dalam satu resit pembelian asli di mana-mana restoran McD semasa tempoh promosi.

Imbas kod QR yang terdapat pada kertas pembalut atau pembungkus Prosperity Burger tersebut dan isi butiran yang diperlukan beserta dengan gambar resit pembelian yang perlu dimuat naik di laman web tersebut.

Foto McDonald’s Malaysia
– Foto McDonald’s Malaysia

Setiap resit hanya sah untuk satu penyertaan dan bilangan penyertaan tertinggi yang dihantar semasa tempoh promosi ini akan memenangi kereta tersebut.

Bukan hadiah kereta X70 sahaja yang ditawarkan, tau? Banyak lagi hadiah yang menarik seperti 3 unit TV Samsung 55”, 3 unit Samsung S21+ (256GB) dan 5 unit Samsung Galaxy Tab S7.

Ada lagi. Sebanyak 5 unit Dyson Air Purifier, Venu S2 Watch dan Bose Bluetooth Speaker turut akan diberikan kepada pelanggan dengan penyertaan terbanyak menjadikan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM1,888,888.

Penyertaan menggunakan nombor resit atau tempahan dari platform McDelivery, GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood dan DeliverEat turut diterima.

Pasti ramai yang dah terbayang-bayang naik kereta baru. Betul tak? Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai makan Prosperity di McD dan hantar penyertaan banyak-banyak untuk menang X70 sekarang!

Sumber: McDonald’s Malaysia