
Peluang baik untuk mereka yang dah lama teringin nak naik kapal persiaran mewah Star Pisces yang kini sudah mula kembali beroperasi selepas hampir dua tahun.
Star Pisces merupakan salah satu kapal persiaran Star Cruises di bawah Genting Cruise Lines, jenama terkemuka dalam industri pelayaran di rantau Asia.
Selain dari Star Pisces, Star Cruises turut mengambil inisiatif berani untuk mengembangkan lagi rantau ini sebagai destinasi pelayaran antarabangsa dengan beberapa buah lagi kapal persiaran mewah seperti SuperStar Libra, SuperStar Gemini, SuperStar Aquarius dan The Taipan.
Star Pisces mempunyai kapasiti yang boleh menampung seramai 1,700 penumpang. Namun, buat masa ini, ia hanya beroperasi pada kadar 50 peratus atau hanya 850 penumpang sahaja bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Baca juga: China Bina Kapal Titanic Berskala Penuh Bagi Tujuan Pelancongan
Percutian di atas kapal persiaran ini amat sesuai untuk mereka yang ingin berehat dan menenangkan fikiran atau bercuti sambil menikmati angin laut serta pemandangan lautan yang luas terbentang.
Semasa berlayar di lautan juga penumpang Star Pisces turut boleh mencuba pelbagai aktiviti riadah dan kemudahan rekreasi seperti kolam renang, jakuzi, trek joging, pusat dandanan rambut dan spa kecantikan, perkhidmatan urutan, refleksologi serta premis membeli belah bebas cukai.
Turut disediakan ialah pertunjukan persembahan muzik secara langsung, permainan realiti maya (VR) berteknologi tinggi serta hidangan masakan antarabangsa dan tempatan di enam buah restoran.

Terdapat 2 pakej percutian yang ditawarkan iaitu Straits of Malacca Cruise yang harga tiketnya hanya bermula dari RM199 untuk seorang penumpang dan Langkawi Escape Cruise yang berharga RM399.
Bagi percutian ‘2 Hari 1 Malam Straits of Malacca Cruise’, pelayaran dibuat pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu yang bermula dari 22 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022.
Untuk percutian ini, penumpang akan dibawa menaiki kapal persiaran mewah Star Pisces dari Pulau Pinang untuk melayari lautan Selat Melaka seterusnya kembali semula ke Pulau Pinang pada keesokan harinya.
Untuk percutian ‘3 Hari 2 Malam Langkawi Escape Cruise’ pula, tempahan untuk pelayaran boleh dibuat untuk perjalanan pada setiap hari Ahad dan Selasa bermula dari 26 Disember 2021 hingga 29 Mac 2022.
Pelayaran selama 3 hari 2 malam ini akan bermula dari Pulau Pinang, seterusnya menuju ke Langkawi pada hari kedua dan kemudiannya kembali semula ke Pulau Pinang pada hari berikutnya.
Tempahan untuk menaiki kapal persiaran mewah Star Pisces ini akan dibuka pada pertengahan bulan Disember ini untuk semua rakyat Malaysia dan pelancong luar.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.starcruises.com
Sumber: mStar