Usaha Chef Joe Berjaya Letakkan Nasi Kandar Pulau Pinang Dalam Senarai ‘100 Makanan Paling Ikonik Di Auckland 2021’

Satu pencapaian yang membanggakan tercipta baru-baru ini apabila nasi kandar dari Pulau Pinang telah tersenarai sebagai salah satu makanan paling ikonik di Auckland.

Wow! Memang ‘padu’ betul nasi kandar Pulau Pinang. Dari Malaysia sampai ke New Zealand! Lihatlah dunia!

Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe
– Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe

Semua ini merupakan usaha seorang anak tempatan yang berasal dari Klang yang kini mengusahakan sebuah restoran di Panmure, Auckland.

Joel Singam, 34 atau lebih dikenali dengan nama Chef Joe berjaya meletakkan nama nasi kandar dalam senarai Top 100 Iconic Auckland Eats 2021.

Nasi kandar Chef Joe ini berjaya tersenarai sebagai di antara 100 yang terbaik di Auckland mengalahkan lebih 1,000 lagi jenis hidangan makanan yang dicalonkan.

Baca juga: Diiktiraf Sebagai Restoran Nasi Kandar Tertua Di Malaysia, Hameediyah Dedah Rahsia Dapat Bertahan Selama 114 Tahun

Pemenang dipilih melalui undian makanan yang paling digemari penduduk sekitar yang dibuat secara atas talian.

“Saya dapat tahu ada yang mencalonkan saya, tapi tak sangka pula terpilih untuk menang,” ujarnya yang merendah diri.

“Kejayaan ini memang memberikan lebih semangat kepada kami untuk terus maju ke hadapan setelah bekerja keras selama ini”.

Beliau dan isteri, Alexandra Kumaran mula menceburkan diri dalam perniagaan nasi kandar pada bulan Ogos tahun lepas.

Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe
– Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe

Bermula dengan hanya sebuah gerai nasi kandar di pasar malam mingguan, Chef Joe berjaya menaik taraf gerai tersebut menjadi restoran dalam masa kira-kira 12 bulan sahaja!

“Upacara pembukaan rasmi restoran kami dibuat pada 15 Ogos baru-baru ini dan sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana kami berjaya mendapat tempahan untuk 2 minggu berikutnya.”

Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe
– Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe

Namun, malang buat Chef Joe apabila 3 hari kemudiannya, New Zealand mengadakan sekatan dan kawalan pergerakan ketat selama 5 minggu akibat pandemik COVID-19.

Akhirnya, sekatan tersebut ditamatkan dan orang ramai kini kembali membanjiri restoran beliau setelah sekian lama menahan sabar untuk menikmati kelazatan hidangan ikonik dari Malaysia itu.

Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe
– Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe
Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe
– Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe

Untuk perancangan masa depan, beliau menjelaskan kemungkinan untuk menjadikan restorannya itu sebagai francais di seluruh New Zealand.

Beliau yang mempunyai kemahiran dalam menyediakan hidangan fine-dining Itali turut mahu menaikkan lagi taraf masakan Malaysia dan bercita-cita untuk membuka sebuah restoran mewah yang diberi nama “Atas”.

Tak sangka orang New Zealand pun ramai yang suka makan nasi kandar. Terima kasih Chef Joe kerana berjaya meletakkan salah satu nama hidangan kegemaran rakyat Malaysia di persada dunia. Respek!

Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe
– Foto Facebook @NasiKandarPulauPinangbyChefJoe

Untuk maklumat lanjut mengenai Nasi Kandar Pulau Pinang dari Chef Joe, sila layari https://www.nasikandar.co.nz/ atau https://www.facebook.com/NasiKandarPulauPinangbyChefJoe

Sumber: FMT