
Ibu bapa yang pening kepala sebab tak tahu nak bagi anak-anak makan apa mungkin boleh cuba resipi makaroni keju dengan ayam ‘popcorn’ ni.
Gerenti licin punya! Biasalah. Budak-budak ni memang kadang-kadang cerewet sikit bab-bab makan, kan? Kena pula ‘time’ cuti sekolah sekarang ni. Ada yang rindu masakan makcik kantin pula tu.
Tapi, ibu bapa di rumah pun, kalau dah selalu sangat asyik-asyik sarapan nasi lemak dengan roti canai kedai depan rumah tiap-tiap pagi, pasti akhirnya boleh jadi bosan juga, kan?
Baca juga: Resipi Siakap 3 Rasa ‘Viral’ Masak Stail Langkawi
Apa kata jom cuba resipi makaroni keju dengan ayam ‘popcorn’ ni? Nak menyediakannya pun senang. Lebih kurang 15 minit untuk menyediakan bahan-bahannya dan hanya 20 minit sahaja untuk memasak.
Kalau nak lagi senang, gunakan saja ayam ‘popcorn’ segera yang banyak dijual di kedai tu. Lagi mudah dan menjimatkan masa. Saiz hidangan pun boleh ditambah mengikut keperluan.
Resipi makaroni keju dengan ayam ‘popcorn’ ini dikongsi dari laman web Kimball. Untuk itu, bahan bahan yang digunakannya juga adalah dari jenama yang sama.
Selamat mencuba!

Bahan-bahan untuk ayam ‘popcorn’
1) 8 keping isi ayam yang ditumbuk kasar.
2) Secubit serbuk lada putih.
3) ¼ sudu teh garam.
4) 1 sudu besar bawang putih yang dicincang halus.
5) ½ sudu besar minyak sayuranm
6) ½ biji telur.
7) ⅔ cawan tepung jagung.
8) Minyak masak.
Bahan-bahan untuk makaroni keju
1) 150g Makaroni Kimball yang dimasak mengikut arahan pada paket.
2) 2 cawan krim masakan.
3) 1 sudu teh garam.
4) ¼ sudu teh lada hitam.
5) ½ sudu teh daun pasli yang dicincang.
6) 2 ½ cawan Sos Keju Kimball 1kg.
Cara memasak ayam ‘popcorn’
1) Potong isi ayam bersaiz dadu kecil dan perap dengan lada putih, garam, bawang putih dan minyak sayuran.
2) Masukkan potongan ayam tersebut ke dalam telur dan salutkannya dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng sehingga warna kuning keemasan.
Cara memasak makaroni keju
1) Untuk menyediakan makaroni keju, masukkan Makaroni Kimball dan krim masakan ke dalam kuali. Panaskan sehingga mendidih sebelum ditambah garam, lada hitam dan pasli.
2) Masukkan Sos Keju Kimball dan gaul rata. Hidangkan makaroni keju yang telah siap dimasak bersama dengan ayam ‘popcorn’.
Sumber: Kimball.com.my