Maggi Perkenalkan 2 Perisa Baharu – ‘Mi Udang Pedas Utara’ Dan ‘Mi Tom Yam Kaw’

Berita gembira buat penggemar mi segera Maggi di Malaysia kerana kini terdapat 2 lagi perisa baharu yang gerenti cepat dimasak dan sedap dimakan.

Mi Segera perisa baharu dari Maggi ini dijangka akan mendapat sambutan hebat di samping dapat mengembalikan nostalgia rasa autentik mi kegemaran rakyat Malaysia.

2 perisa tersebut ialah ‘Mi Udang Pedas Utara’ dan ‘Mi Tom Yam Kaw’.

Foto Maggi.my
– Foto Maggi.my

Kalau sebelum ini, Maggi telah pun memperkenalkan perisa tom yam dengan ‘Mi Tom Yam’, kan?

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa pula bezanya ‘Mi Tom Yam’ yang biasa sebelum ini dengan ‘Mi Tom Yam Kaw’?

Foto Maggi.my
– Foto Maggi.my

Jawapannya ialah, kali ini kedua-dua mi segera tersebut iaitu ‘Mi Udang Pedas Utara’ dan ‘Mi Tom Yam Kaw’ tidak lagi menggunakan serbuk perencah tetapi menggunakan perencah dalam bentuk pes.

Dengan menggunakan pes perencah dan tidak lagi menggunakan serbuk perencah, keaslian rasa kuah udang pedas dan kuah tom yam kali ini pasti lebih ‘power’ dan ‘sebiji’ rasa macam yang biasa dimakan di Pulau Pinang dan Thailand.

Baca juga: 4 Idea Kreatif Guna Mi Maggi

Pes perencah tom yam yang digunakan adalah dari gabungan cili, lada hitam, bawang putih, bawang merah, serai dan limau purut.

Manakala pes perencah untuk ‘Mi Udang Pedas Utara’ pula dihasilkan dari gabungan ramuan dan rempah ratus terbaik dengan kombinasi cili, lada putih, lada hitam, udang, belacan, bawang putih dan bawang merah.

Kedua-dua mi segera terbaharu dari Maggi ini masih lagi menggunakan mi kenyal yang diadun daripada gandum Australia.

Walau bagaimanapun, cara menyediakannya masih lagi lebih kurang sama iaitu hanya perlu didihkan 2 cawan air (kira-kira 360ml), masukkan perencah pes, tambahkan mi dan rebus selama 2 minit, siap!

Sayur hiasan untuk ‘Mi Tom Yam Kaw’ dan bawang goreng rangup untuk ‘Mi Udang Pedas Utara’ turut disediakan.

Baca juga: 7 Cara Masak Maggi Pasti Buat Anda Ingin Ke Dapur Sekarang

Ramai peminat mi segera khususnya mereka yang menjaga bajet seperti golongan bujang dan pelajar institusi pengajian tinggi dijangka akan menyukai mi segera perisa baharu dari Maggi ini.

Selepas ini juga, dijangka akan lahir lebih banyak lagi resipi dan cara hidangan kreatif mi segera dari rakyat Malaysia.

Misalnya, sebelum ini pun kita dah pernah jumpa Maggi goreng, Maggi ‘Cheese’, Maggi Milo, murtabak Maggi, lasagna Maggi, sate Maggi, popia Maggi, cucur Maggi, keropok lekor Maggi dan macam-macam lagi.

Sumber: Maggi.my